
Alessandro Michele membawa kita menjengah keindahan dalam rutin harian kita dałam nuansa penuh retrospektif. Dunia masa kini yang sarat dengan gegak-gempita visual, di mana gambar lebih lantang berbanding kata-kata. Menerusi kempen terbaru Valentino untuk Musim Luruh 2025 memberikan escapism dunia harian yang diberikan tajuk 'The Poetics of Everyday'.
Rutin harian kecil yang mungkin kelihatan biasa, tetapi membawa kegembiraan – walau sekecil mana pun – seperti menunggang basikal, menikmati ais krim dan sebagainya, sudah tentu diterjemahkan menerusi lensa kreatif Michele yang menekankan elemen surrealism.