Langgan

Aksesori Terkini Paling Bergaya di Copenhagen: Knitted Hoods Menguasai Gaya Jalanan di Minggu Fesyen

Menjaga kehangatan kini tampak lebih comel!
Oleh | TERJEMAHAN Athirah Zahra
2 minit untuk membaca
Published: February 2, 2025

Minggu Fesyen Copenhagen telah lama menjadi penunjuk arah utama dalam dunia gaya jalanan dan musim ini tidak terkecuali. Cuaca dingin yang terkenal di ibu kota Denmark itu benar-benar terasa sejuk pada pertunjukan kali ini, dan para pengunjung di kota itu menemui cara bijak untuk berfesyen dan bergaya sambil kekal hangat: knitted hood.

Sebagai evolusi semula jadi daripada trend balaclava yang semakin mendapat perhatian sejak beberapa musim kebelakangan ini, aksesori yang memeluk wajah ini dapat dilihat merata-rata. Sama ada dikait atau dipenuhi dengan lapisan gebu yang empuk, ia mampu menambahkan lapisan misteri yang praktikal terhadap gaya anda. Aksesori ini boleh digayakan bersama jaket oversized berbulu, jaket potongan tajam berstruktur atau pakaian berwarna-warni, pelitup kepala yang comel ini mampu memberi sentuhan fungsional yang playful di jalanan yang sejuk dan berangin.

Gambar: Instagram/ @cphfw

Ini bukanlah kali pertama kita melihat knitted hoods. Pada bulan Februari yang lepas, hoods menjadi trend yang tidak dijangka namun tetap mencuri perhatian. Sebagai contoh, trend ini dilihat dalam koleksi musim luruh/sejuk 2024 daripada Simone Rocha, Molly Goddard dan Moncler Grenoble. Pada asalnya, ia dikenali sebagai aksesori utama ketika berada di lereng ski atau di kawasan bersuhu bawah sifar. Namun, knitted hoods kini telah menjadi item wajib ada bagi fesyen musim sejuk di bandar.

Gambar: Instagram/ @cphfw

Populariti aksesori ini menandakan perubahan besar dalam dunia fesyen, iaitu peralihan ke arah kepraktisan yang digabungkan dengan estetika – di mana bentuk dan fungsi bertemu dalam cara yang paling menyenangkan pandangan. Sama ada dalam rona neutral yang lembut atau rona ceria yang memberi kesan positif, aksesori ini telah membuktikan keragaman fungsinya. Ini menjadikannya elemen penting dalam setiap almari pakaian musim sejuk.

Jadi, adakah trend knitted hoods akan kekal? Jika komuniti fesyen di  Copenhagen dapat memberi pendapat, jawapannya adalah ya. Dunia fesyen sudah bersuara, menjaga kehangatan kini tampak lebih comel!

Beli hoods pilihan kami sekarang!

Cabochon Knit Balaclava, Chloe

Diperbuat daripada campuran biri-biri merino dan cashmere, serta dihias dengan stud tembaga berona emas.

Retractable Scarf Hood, Maje

Hood kalis air yang boleh diikat di leher dan dibawa dalam beg ke mana-mana sahaja.

Grey And Black Cashmere Mix Balaclava, Ganni

Balaclava campuran cashmere hitam dan kelabu ini menampilkan tekstur kait, reben di bahagian hadapan bersama sulaman logo Ganni.

Double-Faced Wool Hybrid Hood, COS

Diperbuat daripada campuran bulu RWS yang lembut dan mempunyai butang snap yang tersembunyi.

*Artikel ini telah diterjemah daripada ELLE UK

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down