Langgan

Airport Look Ala Fashion It-Girls: Selesa, Chic & Sentiasa On-Point

Kerana bergaya ke airport sudah menjadi satu lifestyle, bukan sekadar rutin perjalanan.
2 minit untuk membaca
Published: December 11, 2025

Jika dahulu legging dianggap outfit seragam rasmi untuk ke lapangan terbang, trend kini berubah. Fashion girls semakin berani bereksperimen dengan siluet, fabrik dan gaya yang lebih elevated, tanpa mengorbankan keselesaan. Untuk anda yang sedang merancang OOTD sebelum boarding, ini inspirasi gaya sebenar daripada selebriti dan fashion influencer Malaysia yang sentiasa tampil on point dari rumah hingga ke gate penerbangan.

1. Jane Chuck – Quiet Luxury Meets Travel

Jane Chuck sering memilih palet neutral dengan potongan minimalis. Gaya effortless tetapi polished ini menjadikan setiap langkah menuju boarding gate tampak seperti editorial fesyen.

2. Yaya Zahir – Street-Chic Yang Praktikal

Yaya Zahir gemar menggabungkan oversized outerwear, seluar cargo dan sneakers chunky. Sesuai untuk penerbangan jauh, gaya ini memberi ruang bergerak yang fleksibel sambil kekal stylish untuk coffee run sebelum boarding.

3. Jestinna Kuan – Mix & Match Trendy

Jestinna tidak pernah gagal menggabungkan warna pop atau aksesori statement. Dari denim-on-denim hingga seluar pleated dengan cropped outerwear, airport look-nya mencerminkan personaliti yang fun dan youthful.

4. Sharifah Rose – Feminine Soft Elegance

Sharifah Rose dikenali dengan pilihan siluet lembut—knit top, skirt flowy dan trench coat ringan. Gaya ini sesuai untuk anda yang mahu tampil lebih feminin tanpa kompromi keselesaan.

5. Von - Editorial On-The-Go

Airport look Von sentiasa beri aura “editorial on the go”. Dengan padanan tailored pants, oversized outerwear dan palet warna neutral, gaya Yaya seimbang antara chic dan effortless. Sempurna untuk yang mahu terbang dengan vibe high-fashion tanpa perlu berlebihan.

6. Daiyan Trisha - Gaya Polished Untuk Boarding

Daiyan pula memukau dengan gaya yang lembut dan refinedthink knitwear selesa, wide-leg trousers dan beg tote berstruktur. Airport look-nya simple tetapi classy, ideal untuk travellers yang sukakan keselesaan tanpa mengorbankan elemen feminin dan polished.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down