Langgan

5 Ikon Fesyen Millenium Yang Mesti Gen Z Tahu

Inspirasi millenial-core yang mesti anda tahu.
2 minit untuk membaca
Published: December 7, 2024

Ngl, stail fesyen Gen Z kebanyakkannya "dipinjam" dari era millenium seperti skinny jeans, denim, lingerie dan banyak lagi. Namakan satu trend...apa sahaja trend, pada era ini kemungkinan besar pastinya mempunyai pengaruh era 90an atau 2000s. Lebih menarik lagi, kebanyakan daripada ikon fesyen zaman tersebut masih kekal relevan sehingga ke hari ini, membuktikan bahawa trend mungkin berubah, tetapi stail adalah selamanya. Jadi, untuk obsesi fesyen millennial anda, inilah ikon-ikon fesyen millenium yang MESTI anda tahu.

Alexa Chung

Bukanlah rahsia, hampir kesemua warga millennial akan membuka Tumblr (sumber untuk mencari inspirasi fesyen zaman itu) dan wajah Alexa Chung pasti akan terpampang. Yes, dia adalah IT Girl era itu dan semua mahu berpakaian sepertinya. Jadi, jenama highstreet seperti Topshop dan Mango adalah stor fesyen yang ramai akan pergi membeli-belah kerana fesyen Brit sangat IN pada masa itu. Kini, Alexa banyak mendapat jemputan untuk muncul dalam rancangan TV yang berkaitan dengan fesyen sebagai jury mahupun fashion advisor!

Agyness Deyn

Nama Agyness Deyn cukup besar pada era millenium dek potongan rambut boyish dan gaya androgini yang menangkap perhatian. Dia juga banyak dilihat memperagakan di atas pentas fesyen untuk jenama antarabangsa seperti Chanel, Dior, Louis Vuitton dan banyak lagi!

Olsen Twins

Memulakan karier sebagai bintang kanak-kanak ke transisi dewasa, kembar Olsen menjadi ikon fesyen millenial untuk berdekad lamanya. Dengan minat yang mendalam kepada fesyen, stail peribadi eksentrik buatkan mereka standout daripada selebriti yang lain.

Sienna Miller

Jika diberi peluang untuk meminjam pakaian selebriti untuk satu hari, Sienna Miller adalah dalam senarai tertinggi ELLE. Ratu ankle boots, boho chic, curtain bangs, dia memiliki segala kriteria untuk menjadi wanita millennial yang cool!

Olivia Palermo

Sosialit, pempengaruh fesyen dan entrepreneur... kesemua tentang Olivia Palermo menjerit gaya elegan dan sofistikated, tapi langsung tidak membosankan! Mungkin kerana itulah, dia masih relevan sehingga ke hari ini. Palermo juga banyak menghiasi wajah muka hadapan majalah-majalah antarabangsa kerana dia miliki that IT factor.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down