Langgan

5 Beg Pilihan ELLE Daripada Koleksi Valentino des Folies Musim Bunga/Panas 2025

Koleksi Valentino Pavillon des Folies Musim Bunga/Panas 2025 di persembahkan di Glass House, Bangkok.
2 minit untuk membaca
Published: April 7, 2025

Baru-baru ini ELLE diterbangkan ke Bangkok, Thailand untuk menghadiri presentasi eksklusif koleksi debut Pengarah Kreatif, Alessandro Michele untuk Valentino di The Glass House, Nai Lert Park. Koleksi Pavillon des Folies Musim Bunga/Panas 2025 meraikan hubungan estetik eklektik Michele dengan DNA jenama mewah ini menerusi couture craftmanship dan rekaan artisanal yang diskrit.

Majlis diserikan dengan penampilan istimewa brand ambassador, Freen Sarocha dalam persalinan mewah jaket labuci intricate yang dipadankan bersama kasut pump Foliefoliage dan beg bahu 9to5 motif "Cherryfic" - cetakan buah cherry highlight untuk musim ini.

Ini 5 Beg Pilihan ELLE Daripada Koleksi Valentino des Folies Musim Bunga/Panas 2025

Valentino Garavani Vain Bag

Musim ini, Valentino Garavani Vain Bag dipersembahkan dalam saiz, rona dan material baharu seperti clutch versatil yang didatangi dengan strap tali kulit adjustable. Selain itu, fabrik embroidery juga menjadikan tas ini cukup istimewa yang digayakan ke acara formal mahupun sesi brunch bersama teman.

Valentino Garavani Nellcôte Bag

Bag of the season, The Valentino Garavani Nellcôte merangkumi perincian elemen western seperti fringe dan diperbuat menggunakan material grained calf leather serta perincian stud menyuntik aura chic hippie yang cool.

Valentino Garavani 9to5 bag

Jika anda mencarikan beg harian untuk digayakan dari pejabat ke acara selepas office hour, beg 9to5 Valentino Garavani semestinya melengkapi kesemua yang anda inginkan. Stylish, praktikal dan saiz yang sempurna beg ini menjadikannya worth the money!

Valentino Garavani Viva Superstar bag

Hadir dalam tiga saiz: Shoulder bag untuk gaya lebih vintage, medium dan terbaharu untuk musim ini, beg duffle kecil di mana stail beg ini menampilkan VLogo oversize dan colorways klasik Maison dalam kombinasi hitam dan coklat.

Valentino Garavani Le Chat de la Maison

Tidak terkecuali highlight kepada koleksi Valentino kali ini ialah minaudière bentuk kucing yang boleh dibawa pelbagai gaya. Uniknya, setiap satu Valentino Garavani Le Chat de la Maison bag di lukis tangan untuk mencipta rona warna yang unik.

Koleksi Valentino The Pavillon des Folies Musim Bunga/Panas 2025 boleh didapati di butik Valentino seluruh dunia dan di laman web Valentino.com.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down