Bayangkan diri anda melangkah di kaki lima ibu kota Paris sambil berlatarkan Menara Eiffel, setiap langkah jelas menggambarkan keanggunan. Gaya Parisian chic bukan sekadar fesyen – ia adalah cara hidup yang meraikan kesederhanaan yang mewah dan daya tarikan tanpa usaha. Hujung minggu ini, ubah almari pakaian anda dengan gaya Parisian, sempurna untuk wanita kosmopolitan yang mahu tampil elegan dan mempesona walau di mana sahaja.
RONA MONOKROMATIK
Padanan pakaian dengan set warna yang serasi boleh dijadikan pakaian utama dalam almari mana-mana wanita untuk tampak bergaya dan teratur tanpa usaha!
Jaket dengan butang mutiara
Seluar pendek utilitarian
Jaket kulit dengan tali pinggang
Skirt kulit berlisu
Beg Bahu
Kasut flat bertali
LADYLIKE
Elegan dan feminin, memberikan gaya sempurna seperti transformasi watak Vivian Ward dalam Pretty Woman. Pastinya memancarkan aura wanita klasik yang sempurna.
Baju tanpa lengan
Kemeja dengan mantel separa
Skirt kembang
Skirt lisu bertentang
Gaun dengan reben
Beg baguette
Tumit tinggi bertutup