Langgan

Tissot Pop Up Meraikan Ramadan dan Syawal

Tissot mendekati penggemar jenama ini.
1 minit untuk membaca
Published: March 5, 2025

Resam menyambut perayaan Syawal, umum pasti akan datang dengan keinginan membeli barangan serba baru. Tidak sekadar baju baru dan perhiasan rumah - aksesori seperti jam tangan menjadi agenda utama kebanyakan kita hari ini terutama sekali kaum adam di luar sana.

Menyerap semangat Ramadan dan Syawal tahun ini - Tissot membawakan pengunjung akan keterujaan stor pop-up yang menawarkan pengalaman cukup menarik dengan rangkaian produk ikonik jenama ini. Terletak di The Starhill Piazza berhadapan The Starhill Gallery.

Dengan menawarkan tagline "Focus Forward, Time To Rejoice” Tissot Pop Up menyemarakkan Ramadan dengan menghubungkan terus pelanggan dengan koleksi istimewa mereka. Keunikan rekaan yang berstruktur dan simbolik Ramadan disatukan dalam kempen kali ini.

Berlangsung 28 Februari lalu, hari pertama pembukaan Tissot Pop Up ini menampilkan rakan selebriti jenama ini seperti Aedy Ashraf, Adib Aidil, Sweet Qismina dan beberapa lagi dalam menarik minat pengunjung hadir ke pop-up stor yang terletak betul-betil di jatung bernadinya Kuala Lumpur.

Berlangsung sehingga 9 Mac nanti, pengunjung dijemput untuk sama-sama merasai pengalaman membeli-belah dengan konsep berbeza seperti yang biasa anda dapati di pusat beli-belah. Rekaan interior dan exterior stor pop-up ini dibentuk dengan konsep yang bertepatan mengikut penjenamaan Tissot sebagai jenama arloji yang jitu.

Pengunjung dijemput melihat kesemua koleksi ikoni Tissot - daripada dambaan ramai terhadap koleksi PRX sehingga koleksi T-Touch Connect Sport kesemuanya tersedia untuk anda pilih sendiri di Tissot Pop Up ini.

Jangan lepaskan juga peluang menerima bingkisan istimewa dengan setiap pembelian yang bertemakan hari raya. Paket duit raya juga boleh didapati selagi stok masih ada.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down