Langgan

Senarai Pemenang Grand Prix d'Horlogerie de Genève (GPHG) 2024

Berlangsung di Geneva, Grand Prix d'Horlogerie de Genève (GPHG) 2024 berlangsung penuh prestij.
2 minit untuk membaca
Published: November 19, 2024
Miguel Bueno, CEO IWC bersama trofi Aiguille D'Or Grand Prix bagi jam tangan IWC Schaffhausen.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2001, Grand Prix d'Horlogerie de Genève (GPHG) komited dalam menghargai pemain industri yang sentiasa datang dengan kemampuan baru juga idea kreatif yang tidak putus. Semua ini bergerak atas satu kelangsungan akan kehendak pengguna yang sentiasa tinggi permintaannya.

Tahun ini sebanyak 21 kategori telah diumumkan pemenangnya dengan kejayaan utama diraih jenama IWC yang mengungguli anugerah Aiguille D'Or Grand Prix bagi siri jam tangan IWC Schaffhausen, Portugieser Eternal Calendar. Mewakili jenama ini menerima trofi ialah Ketua Pegawai Eksekutifnya Mr. Miguel Bueno.

Beberapa kategori lain yang turut mendapat perhatian adalah Audacity Price yang dimenangi jenama Barneron, Mirage Sienna juga Anugerah Eco-Innovation yang diraikan kemenangannya oleh jenama Chopard menerusi siri L.U.C Qualité Fleurier. Chopard turut pulang dengan trofi bagi kategori Jewellery Prize menerusi jam tangan Laguna High-Jewellery Secret Watch.

Tahun ini menyaksikan 90 jam tangan dipertandingkan termasuk 20 pemenang yang baru diumumkan dan kesemua jam tangan ini telah dipamerkan di Musée Rath, Geneva November lalu. GPHG 2024 diadili 30 juri yang diketuai Nick Foulkes seorang ahli sejarah dan jurnalis.

Kemenangan tahun ini berpihak pada IWC Schaffhausen, Portugieser Eternal Calendar

Berikut senarai penuh pemenang GPHG 2024:

  • Aiguille d’Or” Grand Prix IWC Schaffhausen, Portugieser Eternal Calendar
  • Audacity Prize Berneron, Mirage Sienna
  • Eco-Innovation Prize Chopard, L.U.C Qualité Fleurier
  • Chronometry Prize Bernhard Lederer, 3 Times Certified Observatory Chronometer
  • “Horological Revelation” Prize Rémy Cools, Tourbillon Atelier
  • Iconic Watch Prize Piaget Polo 79
  • Tourbillon Watch Prize Daniel Roth, Tourbillon Souscription
  • Calendar and Astronomy Watch Prize Laurent Ferrier, Classic Moon Silver
  • Mechanical Exception Watch Prize Bovet 1822, Récital 28 Prowess 1
  • Chronograph Watch Prize Chronograph Monopoussoir Sylvain Pinaud x Massena Lab Sports Watch Prize Ming, 37.09 Bluefin
  • Men’s Complication Watch Prize De Bethune, DB Kind Of Grande Complication
  • Men’s Watch Prize Voutilainen, KV20i Reversed
  • Time Only Watch Prize H. Moser & Cie, Streamliner Small Seconds Blue Enamel
  • Jewellery Watch Prize Chopard, Laguna High-Jewellery Secret Watch
  • Artistic Crafts Watch Prize Van Cleef & Arpels, Lady Arpels Jour Enchanté
  • Ladies’ Complication Watch Prize Van Cleef & Arpels, Lady Arpels Brise d'Été
  • Ladies’ Watch Prize Van Cleef & Arpels, Lady Jour Nuit
  • “Petite Aiguille” Watch Prize Kudoke, 3 Salmon
  • Challenge Watch Prize Otsuka Lotec, No.6
  • Special Jury Prize Jean-Pierre Hagmann
Berneron Mirage Sienna (Audacity Prize)
Chopard L.U.C Qualité Fleurier (Eco-Innovation Prize)
Piaget Polo 79 (Iconic Watch Prize )
Daniel Roth Tourbillon Souscription (Tourbillon Watch Prize)
Bernhard Lederer 3 Times Certified Observatory Chronometer (Chronometry Prize)
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down