Langgan

Sambutan Gemilang 150 Tahun Piaget

Apo Nattawin, Gabrielle Caunesil Pozzoli dan Aditi Rao Hydari antara yang hadir di malam glamor 'Essence of Extraleganza'
2 minit untuk membaca
Published: November 25, 2024

Jenama prestij, Piaget baru-baru ini meraikan sambutan 150 tahun hasil kerja tangan yang halus dalam satu acara yang diberi nama 'Essence of Extraleganza'. Berlangsung cukup glamor di Abu Dhabi pada 24 November lalu, Piaget mengumumkan jenama ini bersama Abu Dhabi Investment Office (ADIO) menjalin kerjasama eksklusif.

Keraian ini disambut kerana kerana kejayaan Piaget menjadi salah satu jenama ulung dunia horologi dan barang kemas yang dihasilkan penuh mewah dengan hasil kerja seni yang cukup teliti. Hal ini seiring dengan visi Abu Dhabi yang kini menjadi destinasi mewah yang menggabungkan sesuatu yang moden dan bersifat kekinian.

Berlangsung cukup meriah di Emirates Palace Mandarin Oriental, Abu Dhabi - acara ini diadakan dengan menggabungkan dinamik dunia moden dengan estetika seni 1960-an juga 70-an yang memberi perlambangan definisi kebebasan sebenar. Benjamin Comar, Ketua Pegawai Eksekutif Piaget Noura Al Foulathi, ADIO berkata "Kami cukup berbangga dengan kerjasama yang terjalin ini. Hal ini membuktikan Piaget sebagai jenama mewah yang cukup dikenali memiliki visi seiring dengan apa yang kami perjuangkan."

Apo Nattawin sebagai duta global Piaget

Usaha ini tambahnya lagi berfungsi sebagai dedikasi terhadap kerjasama yang mampu memberi pertumbuhan baik pada ekonomi Abu Dhabi. Ia juga membuka satu peluang kepada konsumer yang sentiasa mahukan keterujaan baru. Selain itu fokus pada pelancong, bisnes dan pelabur juga akan berkembang dengan kerjasama ini.

Piaget percaya kerjasama ini mampu memberi makna baru dalam menghubungkan kreativiti, warisan dan hasil kerja kontemporari seiring moto jenama ini ‘Always Do Better Than Necessary'. Pada majlis serupa Piaget turut menampilkan selebriti seperti Apo Nattawin, Gabrielle Caunesil Pozzoli, Aditi Rao Hydari dan Padmanabh Singhand Ayça Ayşin Turanwere yang mengenakan aksesori mewah Piaget High Jewellery.

Apo Nattawin yang baru-baru ini diumumkan sebagai duta global jenama ini menyarung aksesori kerongsang Limelight Sunny Side of Life Brooch yang dicipta sebagai lambang The Culture of Joy. Malam gemilang 150 Tahun tersebut turut diserikan dengan persembahan grup Funk terkemuka, Kool & the Gang.

Topics: ,
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down