Bersempena sambutan Hari Ibu tahun ini, Bvlgari menampilkan pasangan selebriti tempatan iaitu Scha Alyahya dan Awal Ashaari melatari kempen jenama ini. Sempurna sebagai ikon ibu bapa moden, pasangan ini menjadi definisi sebenar keanggunan, kekuatan dan kasih sayang dalam menerajui ekosistem kekeluargaan.
Scha Alyahya menghayati semangat Hari Ibu dalam seleksi eksklusif emas putih daripada koleksi ikonik Bvlgari Serpenti. Rantai Serpenti Seduttori yang dihiasi batu nilam dan berlian pavé menjadi tumpuan utama. Menambah daya traikannya, digandingkan dengan dua Cincin Serpenti Viper yang elegan.
Gelang Serpenti Viper dan Jam Tangan Seduttori menambah sentuhan bergaya pada pergelangan tangannya, manakala Anting-Anting Serpenti Viper melengkapkan penampilan dengan sofistikasi yang semula jadi — mencerminkan kekuatan, keindahan, dan kasih seorang ibu.

Awal Ashaari pula tampil bergaya dengan rantai, gelang dan cincin koleksi Serpenti Viper — kesemuanya dalam emas putih. Reka bentuk yang menyerlah dan penuh sofistikasi menampilkan ketampanan yang cukup lestari.
Jam Tangan Octo Finissimo di pergelangan tangannya dengan bekas dan tali keluli tahan karat bersalut satin ultra nipis. Di bahagian belakang terpancar lutsinar dengan dail hitam melengkapkan penampilan keseluruhan. Sempurna sebagai sebuah lambang keindahan masa yang mewah.