Mula diperkenalkan pada tahun 1968, Ultra-Chron Driver menciptakan sejarah tersendiri sebagai jam tangan pertama seumpamanya yang mempamerkan ciri khusus berfrekuensi tinggi. Longines yang cukup dikenali dengan kepakaran dalam teknologi telah membuat paten pada tahun 1910.
Pada tahun 2022, jenama ini memperkenalkan generasi baru Ultra-Chron yang memberi tribute kepada model yang dikeluarkan pada tahun 1968. Koleksi ini ketika diedarkan menggunakan teknologi paling canggih dan terkini seumpamanya.
Inovasi berterusan jenama Longines diteruskan dengan penegenalan penggunaan bekas karbon yang pertama dalam koleksi mereka. Material yang cukup ringan ini digunakan meluas dalam industri aeronautic yang merupakan bidang yang cukup dikenali dengan kepenggunaan Longines bertahun lamanya.
INOVASI DAN TEKNOLOGI LONGINES
Dengan diameter 43 mm, ia direka menggunakan material fibre karbon dengan teknik resin epoksi yang dibentuk dan dipanaskan pada suhu tinggi untuk mendapatkan bentuk yang tepat pada rekaannya. Rekaan dan pembuatan yang cukup unik ini menjadikan edisi Ultra-Chron yang terbaru ini antara yang paling ringan dalam pasaran dengan berat 80 gram sahaja.
Menambahkan ilham yang menarik pada penghasilan jam yangan ini ia dilengkapkan dengan sistem kalis air dengan kedalaman sehingga 300 meter. Bezel titanium diukir dengan juga material titanium serta dilengkapkan dengan dail antrasit dan bersadur kemasan Super-LumiNova®.
Berfrekuensi tinggi dengan ketepatan yang dikuasakan dengan kaliber L.836.6 dengan gerakan 5 Hertz dan vibration 36,000 setiap jam. Siri ini menawarkan kestabilan buat pemakai dengan komponen yang berinovasi. Meraikan sebuah keseimbangan dan kejituan masa jam tangan ini lengkap dengan bekas hitam yang menawan - the watch is presented in a bespoke black box.