Langgan

Pembukaan Butik Pertama Zenith di Malaysia

Zenith merasmikan butik pertama mereka di The Exchange TRX
2 minit untuk membaca
Published: September 13, 2024

Jenama horologi dari Switzerland, Zenith baru-baru ini membuka butik pertama mereka di The Exchange TRX. Majlis yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Benoit de Clerck dengan kehadiran tetamu kehormat lainnya. Dalam ucapannya beliau berkata "Kami begitu teruja membawakan jenama jam tangan ini ke pasaran Malaysia. Butik yang dilancarkan ini akan memberi akses buat penggemar jam tangan untuk lebih dekat dengan estetika jenama ini."

Turut hadir di majlis perasmian butik ini ialah Ashvin Valiram, Pengarah Eksekutif Valiram yang menambah "Pembukaan butik ini menjadi bukti komitmen kami dalam memberi pengalaman mewah di kalangan komuniti yang begitu menghargai seni penghasilan jam tangan. Kami mahu melihat jenama ini berkembang sebagai sebuah destinasi penggemar jam tangan, Zenith sentiasa mahu berinovasi dalam setiap penghasilan jam tangan yang mereka hasilkan."

Dekorasi butik ini yang didominasi warna biru yang menjadi lambang penjenamaan dengan sentuhan cukup eksklusif dan mewah. Ilham kontemporarinya memercikkan kesegaran dan diperkemaskan dengan cukup elegan. Ia disempurnakan setiap perinciannya dengan dinding kelabu dengan sentuha biru serta lantai kayu yang melengkapi permainan cahayanya.

Ilham rekaan dalamannya dibahagikan kepada dua bahagian di mana pelanggan yang datang boleh terus ke bahagian konsultasi untuk berurusan dengan pekerja butik dalam mendapatkan khidmat nasihat akan setiap jam tangan yang ada di butik.

Story Bar disediakan di bahagian depan butik bagi pengunjung menelusuri kisah di sebalik sejarah jam tangan ini yang legasinya berawal pada tahun 1865 sehingga hari ini. Di sekelilingnya pula dipersembahkan dengan penuh elegan koleksi Chronomaster, Defy, Elite and Pilot

Di Zenith jenama ini mahu memberikan pengalaman berbeza buat pelanggan yang datang. Setiap satunya berisi cerita menarik yang boleh dikongsikan oleh setiap pembantu butik. Tersedia di butik yang terletak di lot G. 08 TRX adalah Chronomaster Original Triple Calendar Boutique Edition berdail hijau, theDefy Skyline Boutique Edition (Rose gold accents) dan edisi khas Defy Skyline Tourbillon oleh Felipe Pantone.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down