Langgan

Pameran Seni Bvlgari Serpenti Infinito di Shanghai

Bvlgari Serpenti Infinito Exhibition mempersembahkan 28 hasil karya seni daripada 19 pemain seni yang ada di China.
2 minit untuk membaca
Published: January 14, 2025
Infinito: Ai Data Sculpture” oleh Refik Anadol

Bvlgari jenama aksesori dan jam tangan mewah meraikan tahun ular dengan melancarkan pameran seni pertama Serpenti Infinito di Shanghai. Pameran ini menggabungkan kreativiti, warisan dan simbolik jenama ini yang cukup dikenali dengan koleksi Serpenti yang menggunakan simbol ular bersesuaian dengan kalendar Cina tahun ini.

Berlangsung 8 Januari lalu sebagai simbolik nombor yang memberi perlambangan kelestarian dan cerminan abadi seperti hayat dan tenaga yang dimiliki seekor ular. Sejak mula diperkenlkan pada tahun 1948, Bvlgari Serpenti sudah memaktubkan pentafsiran mewah pada penghasilannya.

MEDAN PEMAIN SENI

Serpenti Infinito Exhibition mempersembahkan 28 hasil karya seni daripada 19 pemain seni yang ada di China dengan 11 ciptaan eksklusif untuk pameran ini. Pameran yang membawa pengunjung meneroka intepretasi ular menerusi seni, sejarah dan transformasi kontemporari dalam ilham seni.

Menerusi pameran yang serupa juga satu arca tiga dimenasi oleh artisan terkenal, Refik Andol turut dipersembahkan. Diberi nama Infinito: Ai Data Sculpture, arca ini menjadi tumpuan sebagai sebuah bilik cermin.

Diacarakan oleh CEO Bvlgari iaitu Jean-Christophe Babin majlis pelancaran dibuka dengan satu parti koktail yang terletak di Zhangyuan sebuah kawasan sejarah dengan keunikan budaya dan juga bergerak sebagai pusat komersial yang menyatukan warisan Cina dengan pengaruh barat.

KEHADIRAN SELEBRITI TERKEMUKA

Antara yang hadir pada hari pelancaran adalah aktres terkemukan Anne Hathaway. Selain itu turut tampil adalah aktres juga penyanyi seperti Cinta Laura Kiehl, Ho Ngoc Ha, Meng Ziyi, Li Yunrui, Chen Xingxu, He Ruixian, Xia Zhiguang dan Zuo Ye.

Pada majlis serupa setiap tetamu turut dihiburkan oleh persembahan live band serta tour yang membawa setiap tetamu dengan lebih dekat tentang pengasilan Serpenti sebagai koleksi penting jenama ini.

Transisi dan penerokaan jenama ini pada elemen ular dibahagikan pada tiga bab utama iaitu Crafting Serpents in History, Snake in the Arts dan Contemporary Transformation.

Topics: ,
Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down