OMEGA menghargai kemenangan adiwira Paralimpik nergara, Cheah Liek Hou yang membawa pulang pingat emas pertama sukan Paralimpik yang berlangsung di Paris tahun ini. Naib Presiden OMEGA Malaysia, Martin Issing memberi cenderamata penghargaan buat atlet paralimpik tersebut sebagai satu penghargaan atas kejayaan dan jasa beliau dalam bidang sukan.
Kejayaan Cheah mengharumkan nama Malaysia menerusi sukan badminton perseorangan memberi inspirasi buat OMEGA untuk memberi penghargaan dalam satu majlis penyerahan edisi khas OMEGA Speedmaster Chronoscope Paris 2024.
Menerusi ucapannya di majlis yang berlangsung di Hokkaido Table at The Exchange (TRX) Cheah berkata "Dalam mencapai impian yang kita inginkan, kita tidak harus cepat mengalah. Kerja keras yang ada pasti akan menemukan kejayaan satu hari nanti." Cheah berkata dia tidak mahu melihat anak muda mudah putus asa setiap kali gagal.
Meneruskan acara malam tersebut satu tayangan khas filem berjudul Gold diadakan yang juga diinspirasikan daripada kisah nyata kehidupan Cheah dalam mencapai kejayaannya sebagai atlet pemegang pingat emas. Kisah di filem ini digambarkan dalam penceritaan yang penuh inspirasi menampilkan lakonan Jack Tan, Farid Kamil, Freddie Ng dan diarahkan oleh Adrian Teh.
Edisi jam tangan OMEGA The Paris 2024 menampilkan dail perak dan putih yang ditafsirkan dengan tiga skala masa. Edisi khas ini diinspirasikan daripada rekaan keluaran asal 1940-an dengan perincian termasuk tachymeter scale, pulsometer scale dan telemeter scale. OMEGA menjadi penjaga masa rasmi sukan Olimpik sejak tahun 1932.