Pabila berbicara tentang gelang persahabatan pastinya mengimbau kenangan zaman kanak-kanak yang penuh warna. Peralihan usia dan citarasa mendewasakan wanita sebagai individu yang semakin menghargai nilai yang ada pada setiap barang kemas yang dihasilkan.
Dalam era moden ini semakin ramai yang melihat barang kemas sebagai sesuatu yang memiliki nilai sentimental yang tinggi. Dan gelang persahabatan ini diberi nadi baru dengan naratif yang baru dan trend ini mula diperkenalkan oleh label aksesori berasal dari New York, Catbird.
Simbol persahabatan yang memberi makna ikatan ini memberi definisi sebenar kelestarian dan hayat dalam hubungan sahabat yang dijalin. Dan seiring kedewasaan gelang persahabatan yang asalnya beragam dan berwarna-warni digantikan dengan ilham emas 14K yang tahan lama dan akan disimpan selama-lamanya. Berikut 7 jenama aksesori yang anda boleh dapatkan ketika berpergian di Singapura
Curious Creatures salah satu jenama aksesori yang pertama dari kota Singapura yang mengikut trend ini. Jenama ini turut menawarkan servis ear piercing dan turut menjual aksesori barang kemas yang cukup ikonik dengan rekaan yang moden. Jenama ini menawarkan seleksi emas kuning 14K, emas putih 14K dan juga rose gold. Harga pasaran RM385 sehingga RM1,235 untuk rangkaian gelang.
Curious Creatures berlokasi di 2 Orchard Turn, ION Orchard, B3-37, Singapura 238801.
Holly Gray rumah aksesori yang seni halus yang bergerak atas terma "Holy Grail" bangga menghasilkan koleksi yang boleh dipakai secara harian dengan rekaan yang lebih kontemporari. Rangkaian barang kemas yang disediakan bersifat timeless dengan lingkungan harga bermula RM400. Dengan reka bentuk yang cukup fun dalam rekaan bentuk hati, arnab, bunga dan bow kesemuanya dibuat dengan kemasan emas 14K bermain dengan pilihan warna pelbagai.
Holly Gray terletak di 15 Paya Lebar Rd, B1-03, Staytion Spaces, Singapura 409049.
Soami meraikan ilham simplicity dalam pentafsiran koleksi barang kemasnya. Memberikan pengalaman bebeza buat pemakai, jenama ini menawarkan versatiliti rangkaian emas kuning 14K dengan harga sekitar RM274 sehingga RM308. Perhiasan tambahan boleh ditempah khas mengikut kreativiti pembeli.
Soami berlokasi di 252 North Bridge Rd, #03-27 Raffles City, Singapura 179103.
Jenama asal Kuala Lumpur ini cukup dikenali dengan versatiliti pada rekaannya dengan harga cukup mampu milik. Seni ukirnya tercipta cukup halus dengan rekaan kontemporari yang mengikut citarasa gaya hidup moden hari ini. Dijual dengan lingkungan harga RM500 ke atas.
Wanderlust + Co. terletak di Lot B1-50, Takashimaya Shopping Centre, Ngee Ann City, 391 Orchard Road, Singapura, 238872.
Eternalize memiliki rangkaian lengkap daripada pilihan rantai, gelang tangan, cincin dan gelang kaki. Pilihan sterling silver atau yang bersalut emas 14K datang dengan 11 pilihan perhiasan istimewa mereka seperti "Valentine" dan "Lucky 8". Setiap satunya datang dengan lingkungan harga bermula RM261 dan ke atas.
Eternalize berlokasi di #06-01, 74 South Bridge Rd, Singapura 058704.
Artikel asal dari ELLE Singapore.