CHRISTIAN DIOR
Naratif baru Grand Soir disusun dengan penyatuan ilham motif ular yang melatari dail utama yang direka cukup feminin. Dicipta khusus tahun ini dengan unit terhad sebanyak 38 unit sahaja.
Jaeger-LeCoultre
Estetika Art Deco diilhakan dengan cukup elegan. Penyatuan dua rona yang menyatu sempurna - hitam dan emas mencuri perhatian penghasilan edisi terhad Jaeger-LeCoultre. Dail dengan motif ular menjadi fokus utama pada penghasilannya.
VACHERON CONSTANTIN
Dedikasi Vacheron Constantin menerusi siri Métiers d'Art menyerlahkan simbol keberanian penuh misteri. Simbolik ini menjadi teraju utama koleksi istimewa ini yang juga menjadi lambang tuah dan kejayaan.
IWC Schaffhausen
The Portofino Automatic Moon Phase 37 Year of the Snake menyerlahkan dail berona maroon dengan rekaan ular di belakangnya sebagai dedikasi pada sambutan Tahun Baru Cina. IWC Schaffhausen meraikan tahun ular dengan edisi khas yang direka dalam unit terhad iaitu sebanyak 500 unit jam tangan sahaja.
FRANCK MULLER
Franck Muller menyatukan estetika rekaan penghasilan jam tangan dengan kecanggihan teknologi yang ditafsirkan menerusi koleksi Silhouette CX Snake. Rona hijau zamrud dan kemasan rona emas yang menjadikan ilhamnya lebih mewah sebagai sebuah legasi yang terus diraikan.
Blancpain
Dail hijau dengan tali kulit buaya yang menyatu menciptakan sesuatu yang maskulin dan utuh. Siri Blancpain Villeret Traditional kali ini tidak ketinggalan dengan ilham ular yang disempurnakan pembuatannya dengan bekas platinum.