Langgan

Lucky-charms Happy Diamonds daripada Chopard

Tradisi Happy Diamond diteruskan dengan penciptaan berinspirasi alam.
1 minit untuk membaca
Published: April 8, 2025

LAKARAN AWAL

Kembali ke tahun 1985, Caroline Scheufele menterjermahkan karya kreatifnya menerusi lakaran barang kemas. Ilhamnya humor, dengan watak badut yang dilakar riang menari bersama kilauan permata yang menjadi titik mula kemunculan barang kemas di Chopard.

Sejak itu, ia menjadi satu legasi yang menjadikan koleksi Happy Diamonds sebagai satu penciptaan yang cukup ikonik. Antara item yang paling menjadi dambaan adalah loket dalam figura fauna dalam balutan permata. Sejak berdekad lamanya ia menjadi kod estetika yang meneruskan kelangsungannya.

SIMBOLIK REKAAN

Permata Happy Diamonds menyerlahkan simbol yang cukup playful dan memberi satu refleksi zaman kanak-kanak dengan penggunaan ladybird yang cukup cheerful dan cukup mudah digayakan dalam apa jua keadaan. Apa yang membuatkan ia lebih istimewa adalah kemampuannya dalam menyerlahkan gaya personal setiap pemakai.

Disempurnakan dengan emas mawar beretika yang bertatah permata berdamping dengan bahan natural seperti jade, cornelian, silver sheen obsidian, chalcedony dan malachite. Setiap satu daripada bahan ini dipilih dengan satu simbolik yang tersendiri.

PENYATUAN TUAH, KELEMBUTAN DAN KEBIJAKSANAAN

Setiap satu daripada pilihan haiwan yang dijadikan loket ini memberi intepretasi yang memiliki jalan cerita yang tersendiri. Kesemuanya memiliki satu jalinan sepanjang perjalanan hidup Caroline Scheufele di zaman kecilnya. Haiwan-haiwan seperti beruang, ladybird, gajah dan lain-lainnya bergerak atas prinsip tuah, kebijaksanaan dan kelembutan. Setiap satu daripadanya dihasilkan dengan satu dedikasi pada masa kecilnya yang hari ini menjadi satu legasi yang diraikan.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down