Langgan

Longines Meraikan Pesta Cahaya

Tidak ketinggalan dalam meraikan sambutan Deepavali tahun ini, Longines menyinar dengan koleksi The Longines Master Collection
1 minit untuk membaca
Published: October 9, 2024

Mengiringi sambutan cahaya taun ini, Longines memperkenalkan The Longines Master Collection. Sempurna sebagai sebuah bingkisan, koleksi ini menampilkan indikator dengan permukaan bulan yang sesuai untuk pemakai lelaki juga wanita. Hadir cukup elegan dan penuh gaya - kemasan estetika seni halusnya mampu memberi sesuatu yang cukup bermakna buat musim perayaan Daeepavali nanti.

Simbol ikonik Longines sebagai pakar bidang horologi disemat sebagai perlambangan kecemerlangan fungsinya serta sentiasa hadir elegan melengkapi kehendak jenama ini yang memiliki reputasi yang cukup baik. Sejak diperkenalkan pada tahun 2005.

Setiap model menerusi koleksi ini digerakkan oleh sistem mekanikal yang sentiasa diperbaharui dengan varian serta kerja seni halus yang berbeza. Ia menjadi refleksi jenama ini yang sentiasa meraikan warisan dalam pembuatan jam tangan.

Dengan diameter 40 mm dan dibaluti keluli tahan karat - jam tangan ini memiliki fungsi gerakan mekanikal secara sendiri. Dial dalam balutan perak dan jarum berwarna biru menciptakan satu kontras yang cukup menarik di balik paparan moonphase yang ada pada jam tangan ini.

Kehendak kehidupan hari ini yang menuntut setiap datu daripada kita bergerak daripada satu destinasi ke satu destinasi lain dalam masa yang sekejap membuatkan Longines menzahirkan The Longines Master Collection dengan fungsi kronograf, GMT dan komplikasi moonphase. Tali jam tangan dengan material kulit buaya ini menambah elemen maskulin pada pemakai.

Bagi pemakai wanita pula, koleksi serupa dengan size 34 mm, keluli tahan karat mampu menyerlahkan ilham cukup mewah dalam meraikan wanita. Perincian pink gold dan gerakan automatik mencipta eksklusiviti buat pemakai. Dengan paparan moonphase pada jarum jam enam ia dibaluti dengan nombor dalam aksara jawi sebagai petunjuk hari.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down