
Apabila anda membeli barang kemas untuk perhiasan apa yang terlintas di fikiran? Mungkin tentang pelbagai cara untuk menggayakannya, padanan pakaian yang sesuai atau bagaimana untuk menjaganya agar kekal brand-new sepanjang masa. Swarovski bukan sahaja mempertimbangkan semua persoalan ini, malah melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan koleksi baharu: Chroma Twist.
Direka oleh Pengarah Kreatif Global, Giovanna Engelbert, koleksi ini diilhamkan oleh Circular Design Framework Swarovski yang dibangunkan bersama Centre for Sustainable Fashion di University of the Arts London. Pendekatan ini memberi penekanan kepada pengurangan sisa, penggunaan semula bahan serta memanjangkan jangka hayat setiap rekaan.
Enam rekaan baharu dalam koleksi Chroma Twist ini menzahirkan dedikasi tersebut melalui penggunaan bahan berimpak rendah, termasuk Kristal Swarovski ReCreated™ dan logam daripada sumber kitar semula. Setiap rekaan diolah dengan kebolehgunaan pelbagai gaya, membolehkan pemakainya menukar warna kristal dan menyesuaikan gaya.

Cincin Chroma
Cincin ini dihiasi kristal Swarovski ReCreated™ berwarna biru di sisi, manakala batu tengah potongan kusyen boleh diputar untuk mempamerkan kristal hijau atau merah jambu.

Anting-Anting Chroma
Siluet potongan kusyen yang boleh diterbalikkan ini menampilkan kristal jonquil dan hijau di satu sisi, serta merah jambu yang menawan di sisi sebaliknya.

Rantai Tennis Chroma
Dihiasi deretan penuh Kristal Swarovski ReCreated™, rantai ini boleh dipusing daripada hijau kepada biru, menjadikannya pernyataan gaya yang berani untuk apa jua acara.

Loket Chroma
Reka bentuk reversible ni menawarkan dua gaya dalam satu perhiasan. Menampilkan Kristal Swarovski ReCreated™ berwarna biru di satu sisi dan merah jambu di sisi lain.

Cuff Chroma
Direka dengan tiga Kristal Swarovski ReCreated™ berwarna hijau yang boleh diputar untuk menonjolkan kristal merah jambu atau biru di bahagian sebaliknya.

Rantai Panjang Chroma
Menampilkan kristal hijau yang boleh diputar menjadi merah jambu, dengan penutup magnetik yang membolehkan panjang rantai disesuaikan daripada panjang penuh sehinggalah pendek coker.