Masih terpesona dengan ‘Wicked’ atau persembahan Ariana Grande sebagai Galinda? Kini, para Arianator punya satu lagi alasan untuk bergembira: koleksi Ariana Grande x Swarovski, sebuah kolaborasi yang baru sahaja dilancarkan menjiwai pesona bintang pop itu dalam setiap rekaan.
Dialah figura muzik, sensasi global dan ilham gaya generasi muda masa kini. Kini, anda boleh menyerap aura glamor Ariana Grande melalui kolaborasi terbaru gabungan inti pati stail modennya dengan kehalusan seni jenama terkemuka ini.
Melalui kerjasama Ariana dengan Pengarah Kreatif Global Swarovski, Giovanna Engelbert, koleksi ini diilhamkan oleh kecintaannya yang mendalam terhadap muzik, diterjemahkan melalui motif nota muzik dan bentuk hati sebagai perhiasan barang kemas.
“Bekerjasama dengan Ariana adalah sebuah impian yang menjadi kenyataan. Tenaga artistiknya memberikan inspirasi yang mendalam kepada perjalanan kreatif kami, melahirkan sebuah koleksi yang menggabungkan glamor kontemporari dengan keanggunan klasik serta sentuhan moden. Muzik menjadi titik permulaan kami, yang secara semula jadi berkembang menjadi motif kekunci biola dan hati, diperkaya dengan perincian mutiara. Visi saya adalah untuk menyatukan warisan kraf Swarovski dengan semangat vibrant Ariana yang penuh, mencipta koleksi yang benar-benar bergema dengan pencinta muzik dan keanggunan di seluruh dunia,” kata Giovanna.
Klip Rambut Ariana Grande x Swarovski
Lengkapkan gaya rambut anda dengan aksesori inspirasi simbol muzik Treble Clef ini. Reka bentuk bersadur rodium ini berkilauan dengan Zirconia Swarovski potongan baguette serta Swarovski Crystal Pearl di tengah, menjadikannya aksesori mesti ada untuk menyalurkan aura puteri pop.
Anting-Anting Klip Ariana Grande x Swarovski
Keanggunan yang terinspirasi oleh muzik hidup dalam anting-anting klip Treble Clef asimetri ini. Dihiasi dengan Zirconia Swarovski dan Swarovski Crystal Pearl, ia cukup berani untuk mencipta gaya unik dan sempurna sebagai hadiah yang penuh makna.
Anting-Anting Juntai Ariana Grande x Swarovski
Anting-anting spiral ini memadukan Zirconia Swarovski potongan bulat dan baguette dalam susunan gradasi yang menakjubkan. Ditamatkan dengan Swarovski Crystal Pearls, ia adalah lambang gaya mewah kontemporari.
Gelang Ariana Grande x Swarovski
Gelang laras ini adalah arm candy yang wajib ada dalam koleksi anda. Dengan dua baris cupchain Zirconia Swarovski dan dihiasi Swarovski Crystal Pearls, ia dilengkapi penutup bola gelongsor untuk kesesuaian yang sempurna. Padankan dengan coker sepadan untuk penampilan yang serasi.