Langgan

Kilauan Seri Mentari Inspirasi Kempen Terbaru FRED

Sebuah koleksi elegan yang mampu menyerlahkan aura sofistikated sang pemakai.
1 minit untuk membaca
Published: September 1, 2024

Berlatarbelakangkan keindahan French Riviera, disebalik landskap yang memukau mata yang memandang, menjadi destinasi pilihan FRED untuk merakam kempen terbarunya. "The Sunshine Jeweler", sebuah kempen dimana Fred Samuel dan Maison mengambil inspirasi daripada keunikan French Riviera yang mempesonakan, pemandangan pantai yang dibasahi matahari dan menjemput anda untuk menyambut semangat kehidupan dan kilauan seri mentari.

Setiap detik rakaman kempen mempamerkan seni ketukangan dan kehebatan teknikal yang tiada tandingan, menyalurkan semangat berwawasan pengasas FRED, Fred Samuel selama hampir sembilan dekad.

Ciri-ciri penyayang, joie de vivre dan cintanya kepada kilauan mentari bak berlian yang mempesonakan menjadikan koleksi "The Sunshine Jeweler" begitu personal buatnya. Koleksi ini juga membawa anda untuk meraikan setiap momen kehidupan, yang besar mahupun kecil.

Koleksi istimewa ini membawa anda berkhayal ke sebuah pengembaraan, daripada merakam keindahan fajar terbit ke waktu senja yang mengasyikkan, setiap saat begitu berharga. Sama seperti koleksi ini, "The Sunshine Jeweler" menampilkan himpunan barang kemas mewah yang elegan nan sofistikated seperti Force 10, Chance Infinie dan Pretty Woman. Kilauan magnetik barang kemas FRED pastinya akan menyuntik aura glamor buat mana-mana wanita yang menyarungnya.

Force 10
Chance Infinie
Pretty Woman

Teroka lebih tentang koleksi istimewa FRED di sini.



Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down