
Untuk sesebuah jam tangan bergelar ikon ia tertakluk pada daya tahan dan keupayaan untuk terus berevolusi. Bvlgari Bvlgari satu daripada banyak legenda yang sudah dicipta dalam dunia horologi. Mewakili keberanian dan kreativiti maison yang menjadikan jam tangan tidak hanya penunjuk waktu tetapi aksesori berharga.
Mula dicipta oleh Gianni Bulgari di butik bersejarah Geneva di rue du Rhône 30 sebagai hadiah untuk pelanggan utama jenama itu, koleksi ini melalui satu transisi ketika dilancarkan secara rasmi pada tahun 1975. Sebagai perintis yang menyatukan ilham barang kemas, horologi dan fesyen ia menjadi satu titik kepada satu kejayaan dalam penghasilan jam tangan mewah.

Sebuah Warisan
Dua tahun setelah itu, Gérald Genta mentafsir semula reka bentuk ini dengan menjadikannya koleksi jam tangan ikonik pertama Maison. Semuanya bermula pada tahun 1977 dan menjadi titik mula kecemerlangan dalam penghasilan jam tangan yang menjadi identiti Bvlgari hari ini.
Koleksi Bvlgari Bvlgari mencerminkan semangat Maison yang diserapkan elemen budaya, keanggunan, dan sentuhan gaya Itali yang tersendiri. Maka dengan itu sehingga hari ini “BB” berjaya menawan hati golongan bangsawan Rom sehingga selebriti antarabangsa seperti Sting, George Michael, Tina Turner, Zendaya, Susan Sarandon dan juga Bill Gates.

Kelahiran Terkini
Bagi meraikan penggemarnya, Bvlgari memperkenalkan empat model terkini Bvlgari Bvlgari yang datang dalam dua saiz menawan – 26 mm dan 38 mm. Dail paparan marmar dipilih sebagai refleksi kemegahan Rom yang menjadi satu dedikasi Bvlgari terhadap warisan dan sejarah.
Diukir halus dengan penanda ulang tahun istimewa, dua versi menampilkan dail marmar hijau “Verde Alpi” dalam bekas emas kuning dan manakala dua lagi emas ros menampilkan dail marmar biru. Dail model lebih besar diperbuat daripada marmar biru gelap “Blu Incanto” manakala versi kecil menampilkan marmar biru lembut “Azzurro Infinito”. Kedua-dua model 26 mm dihiasi dengan penanda jam berlian, manakala model 38 mm pula dilengkapi pergerakan automatik Solotempo juga kaliber BVL 191