Langgan

Jin BTS dilantik sebagai duta global Maison FRED

“Saya sangat berbesar hati dan bersyukur kerana diangkat menjadi Duta Global FRED yang baharu sekaligus menjadi ahli keluarga FRED"
Oleh | TERJEMAHAN Athirah Zahra
1 minit untuk membaca
Published: August 1, 2024
Jin BTS
Gambar: Sumber daripada FRED

Ditubuhkan di Paris oleh Fred Samuel, Maison FRED dikenali dengan rekaan perhiasan yang elegan dan inovatif, menggabungkan keindahan batu permata dengan teknik pembuatan yang canggih serta halus. Jenama ini sangat menitik beratkan duta yang boleh mencerminkan nilai-nilai serta imej eksklusif mereka.

Dengan penuh rasa bangga Maison FRED mengumumkan kemasukan salah seorang ahli sensasi kumpulan BTS, Jin sebagai Duta Jenama Global terbarunya. Dikenali dengan bakat luar biasa dan personaliti yang menawan, Jin telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada peminatnya di seluruh dunia, menjadikannya ikon global. Jin benar-benar mencerminkan identiti Maison Fred dengan wataknya yang baik, berdedikasi dan sangat pemurah dengan senyuman.

Jin BTS
Gambar: Sumber daripada FRED

Valérie Samuel, Naib Presiden dan Pengarah Artistik FRED, menyatakan keterujaannya tentang kerjasama ini “Kami amat berbangga untuk menyambut Jin dari BTS ke dalam keluarga FRED. Wajah berseri, kualiti artistik, nilai murni dengan standard tinggi yang dimilikinya sentiasa mendorongnya untuk mencapai kecemerlangan, selaras dengan nilai-nilai FRED. Kami sangat teruja untuk bekerjasama dan memperkenalkan projek yang akan datang bersamanya.”

Jin BTS
Gambar: Sumber daripada FRED

Jin turut meluahkan perasaannya mengenai peranan baharu ini “Saya sangat berbesar hati dan bersyukur untuk menyertai keluarga FRED dengan menjadi Duta Global mereka. Nantikan usaha kerjasama kami yang akan datang melalui kolaborasi ini.” Pelantikan ini mengukuhkan kedudukan Maison FRED sebagai jenama yang menggabungkan keanggunan dan inovasi dalam dunia perhiasan mewah.

Reka bentuk unik Maison FRED dan personaliti ceria Jin bersatu dengan sempurna. The Sunshine Jeweler berjanji akan bersinar dengan gemilang, menggabungkan pengaruh dinamik Jin dengan keanggunan kontemporari Maison FRED.

Ikuti perkembangan menarik dari kerjasama ini yang pastinya menjanjikan gabungan kreativiti, keanggunan dan kegembiraan yang memukau. 

Artikel asal dari ELLE Singapore.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down