Memasuki tahun baru, BONIA mengilhamkan sentuhan kontemporari jam tangan terbaru jenama ini menerusi siri Sonia Bangle. Meraikan kehidupan dan kemewahan - siri ini menepati prinsip BONIA sebagai jenama yang sentisa meraikan wanita metropolitan.
Koleksi yang dizahirkan untuk wanita yang mementingkan gaya dan penggunaan pada masa yang sama ini dikeluarkan menerusi tiga siri utama iaitu BNB10792โ2297S datang dengan bekas bersadur rona emas dan dail hijau. Bagi siri BNB10792 โ2257S pula datang dengan dail putih mutiara bersama bekas saduran rona emas.
Siri ketiga iaitu BNB10792 โ2377S datang dengan bekas keluli tahan karat dan dail merah jambu. Dua siri lagi datang dengan bekas dalam rona Rose Gold dan dail berona burgundy jug setiap satunya datang dengan tatahan permata.
KEANGGUNAN TERSERLAH
Seiring kecanggihan teknologi dan stail semasa - Sonia Bangle menyerlahkan keanggunan dengan elemen iaitu jam tangan dan gelang sebagai aksesori yang cukup digemari wanita kini. Keunikan yang ada pada penghasilannya mampu meyerlahkan personaliti pemakai.
Direka untuk pelbagai acara, mood dan penggayaan - Sonia Bangle datang dengan pilihan warna yang cukup vibrant. Ia menjadi pelengkap gaya pada penghasilannya.
Bonia percaya koleksi ini mampu memberikan sentuhan kemewahan, tidak kalah pada gaya dan pada masa yang masih masih mengekalkan fungi akan kejituan masa.