Langgan

Hublot Bangkit Semangat Merah Jambu

Hublot goes pink!
2 minit untuk membaca
Published: May 16, 2025

Menyemarak sesuatu yang lebih berwarna dan tampil penuh yakin - Hublot memperkenalkan edisi terkini yang dihasilkan eksklusif untuk The Hour Glass: Spirit of Big Bang Carbon Candy Pink. Berinspirasikan palet ceria Pantone, koleksi ini menyuntik elemen yang lebih riang dalam penghasilan adicipta horologi yang sering dikaitkan dengan sesuatu yang lebih serius.

Dibentuk daripada bahan komposit inovatif dan dibingkaikan dalam siluet ikonik Spirit of Big Bang, Carbon Candy Pink tidak hanya hadir dengan rekaan cukup menawan —ia menjadi cerminan semangat dan personaliti yang ceria. Koleksi ini merupakan kemunculan ketiga dalam siri edisi khas Hublot bersama The Hour Glass selepas penghasilan Carbon White (2023) dan Carbon Green (2024).

Kerjasama erat selama lebih empat dekad antara Hublot dan The Hour Glass terus meraikan eksperimen tanpa batas. Kolaborasi ini menjadi pentafsiran semula landskap rekaan jam mewah dengan keberanian pemilihan warna, inovasi bahan dan dedikasi terhadap hasil kerja yang dihalusi.

Rona Baru, Rekaan Berani

Keistimewaan utama edisi terhad ini terletak pada kemasan matt pink frosted carbon yang menjadi satu pencapaian inovatif Hublot yang dibangunkan eksklusif untuk The Hour Glass. Material ini menggabungkan gentian karbon berprestasi tinggi dengan elemen komposit berona candy pink, menghasilkan kesan marmar visual yang unik dan memukau.

Proses pelapisan yang kompleks memastikan setiap unit tampil berbeza, sambil mengekalkan kekuatan dan ringan ciri gentian karbon. Berdiameter 42mm dalam bentuk tonneau, bekas diperkemaskan dengan enam skru titanium berbentuk H ikonik Hublot, diproses microblasted dan digilap untuk sentuhan akhir yang sofistikated.

Penanda jam berona candy pink membingkai paparan dail terbuka. Ia diserlahkan lagi dengan sentuhan rona serupa pada logo, jarum, ttarikh dan sub-dail kronograf. Di bahagian belakang, setiap jam tangan diukir dengan perkataan “SPECIAL EDITION” dan disertakan nombor siri. Ia dihasilkan terhad hanya 30 unit di seluruh dunia.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down