Kehangatan Grammys belum terhenti. Setelah puas melihat senarai pemenang yang rata-ratanya selayaknya membawa pulang trofi kemenangan juga barisan busana mewah di karpet merah - ELLE melirik pada aksesori kecil di tangan selebriti-selebriti ini.
JANELLE MONAE
Cukup menawan dengan rekaan Area koleksi musim bunga / panas 2025. Perhatikan di pergelangan tangannya, Carrera Chronograph dengan bekas keemasan dan tali kulit buaya menjadi aksesori pelengkap.
RAYE
Audemars Piguet di pergelangan tangan vokalis yang juga mendapat nominasi GRAMMYS tahun ini cukup menyerlah dengan padanan gaun hitam Giogio Armani yang disarung. Raye memilih koleksi Royal Oak Mini yang disempurnakan dengan kemasan emas putih.
SHABOOZEY
Berlian ditangannya cukup menyerlah dan menawan sesiapa sahaja yang memandangnya. Penghibur muzik Country, Shaboozey menyarung koleksi jam tangan daripada Jacob & Co. Dibaluti sempurna emas putih dan berlian - jam ini dikatakan bernilai USD$ 1.2 Juta.
PESO PLUMA
Koleksi Casino Tourbillon daripada Jacob & Co. ini antara yang paling mencuri perhatian di karpet merah Grammy tahun ini. Rapper, Peso Pluma yang menyarung sut hitam memberi justifikasi gaya pada penampilannya. Bekas emasnya mencuri perhatian.