Jenama jam tangan OMEGA meraikan koleksi terbaru Speedmaster 38 mm bersama barisan ikon tempatan seperti Hael Husaini, Marion Caunter, Juwei Teoh dan Uriah See. Bersama kolaborasi ini keempat-empat ikon ini menyerlahkan sisi baru jam tangan yang cukup ikonik ini.
Mula diperkenalkan pada tahun 2017, OMEGA Speedmaster 38 mm ini menjadi koleksi mewah peminat jam tangan OMEGA. Tahun ini OMEGA memberi lebih keterujaan bagi koleksi ini termasuk lapan edisi terbaru 18k Sedna™ Gold, dua edisi 18K Moonshine™ Gold, dan empat edisi klasik keluli tahan karat dengan dua variasi warna pada dail.
Bagi edisi 2024, dua model OMEGA 18k SednaTM Gold menampilkan dail PVD rona tanah dengan subdail yang dalam rona perak. Jarum masanya dikemaskan dengan perincian berlian 18k SednaTM Gold. Bagi memberikan variasi edisi kali ini turut diberikan gancu lipatan kulit.
Kesemua edisi ini diperhalusi dengan kerja seni ammpuh. Bahagian belakang setiap jam tangan yang dihasilkan dibuat dengan penuh ketelitian dengan skru yang terlindung bagi memberi imej yang bersih dan cukup kemas. Sistem kronometer OMEGA Co-Axial Calibre 3330 dengan gerakan semulajadi memberi keseimbangan pada mekanisme rerodanya yang diperkemaskan dengan silikon Si14.