
Mengikut jejak langkah Ella Richards,Lee-Junho dan Apo Nattawin, Gianna Jun dinamakan sebagai Duta Global Maison Piaget. Kehadiran Gianna Jun dilihat sebagai satu lagi kesinambungan aura ikonik Piaget Society.
"Kami teruja dan bangga mengumumkan Gianna Jun sebagai ikon baru jenama ini seiring pelancaran semula Piaget Sixtie." Kata Ketua Pegawai Eksekutif, Benjamin Comar. Dalam hebahan akhbar yang sama Giana berkata "Saya berbangga menjadi sebahagian daripada Piaget Society bagi meneroka lebih lagi kraf akan penghasilan jam tangan dan barang kemas yang ada."
Gianna Jun dilihat sebagai gerakan kreatif jenama ini yang memainkan peranan dalam membentikan jenama ini sebagai jenama pertukangan jam tangan dan barang kemas pakar. Bersempena Watches and Wonders tahun ini Piaget memperkenalkan rangkaian terbaru jam tangan dan barang kemas iaitu Sixtie.

Piaget Sixtie
Berlangsung di Geneva, Piaget memperkenalkan rangkaian terbaru barang kemas dan jam tangan The Sixtie. Datang dengan rekaan cukup distingtif, cukup menyerlah dan glamor memercik ilham 1960-an dengan sempurna. Apa yang menarik kali ini, sentuhan lebih moden diberikan dengan dail putih yang menjadikan koleksi ini sebagai tarikan utama. Gianna Jun di acaa tersebut dilihat menyarung jam tangan Sixtie dan Swinging Sautoir under.