
Garmin Malaysia melancarkan MARQ Adventurer – Damascus Steel Edition sebagai sebuah evolusi baru penciptaan smart watch yang dihasilkan cukup mewah dan telilti. Menggunakan material yang semakin jarang didapati iaitu Damascus Steel dengan skrin sesentuh AMOLED, gelas nilam dan kompas 360 darjah.
Menambah keistimewaannya berbanding edisi sebelum ini, MARQ Adventurer – Damascus Steel Edition dilengkapkan dengan bateri berketahanan 16 hari dan mampu bertahan sehingga 42 jam bagi penggunaan dalam mod GPS. Penciptaan yang sempurna untuk anda yang sering berada di luar bagi melakukan aktiviti lasak dalam tempoh panjang.
"Dasmascus steel merupakan material yang cukup unik dan kami di Garmin cukup teruja berkongsi pengalaman berbeza penciptaan smart watch menerusi edisi terbaru MARQ Adventurer ini." Menurut Mr. Scoppen Lin - Pembantu Pengarah Urusan, Garmin Asia.
Tambahnya lagi, "Apa yang lebih menarik tentang edisi Garmin yang terbaru ini adalah selain daripada ketahanan ia juga direka bagi memberi pengalaman yang lebih mewah untuk pengguna selain berfungsi penuh sebagai penciptaan yang jitu."