Langgan

Freen Sarocha Untuk Piaget

Freen Sarocha dipilih melatari kempen terbaru Piaget Sixtie
1 minit untuk membaca
Published: June 9, 2025

Piaget memperkenalkan rangkaian jam tangan trapeze yang menjadi satu warisan berharga Maison PIaget. Koleksi Sixtie menjadi koleksi cukup ikonik yang memberi definisi keberanian dan kemewahan yang berpanjangan. Sejak mula diperkenalkan sekitar tahun 1960-an, Piaget memberi satu definisi baru penciptaan jam tangan.

Tahun 1969 menandakan satu titik permulaan Piaget dan dunia horologi. Berpegang teguh kepada visi, “Lakukan apa yang belum pernah dilakukan sebelum ini”, keluarga Piaget memperkenalkan koleksi abad ke-21 mereka di sebuah pameran berprestij di Basel.

Sejak itu jenama ini melakar semula naratif baru pembuatan jam dan seni perhiasan yang menongkah cara konvensional. Piaget memberi satu revolusi jam tangan yang diolah sebagai aksesori mewah dengan misi yang dibawa oleh Jean-Claude Gueit. Di tangannya, jam tangan berubah daripada sekadar penunjuk masa menjadi sebuah aksesori mewah sepanjang era 60-an dan 70-an.

Hari ini, Piaget Sixtie menjadi ikon yang sentiasa didambakan ramai orang. Terkini, penghibur kelahiran Thailand Freen Sarocha dipilih melatari kempen terbaru Piaget Sixtie. Di pergelangan tangannya, jam tangan Sixtie 29 mm rose gold 18 karat. Menerusi kempen terbaru ini juga Freen dilihat menyarung aksesori daripada koleksi Possession Decor Palace.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down