
Sincere Fine Watches Malaysia menyambut kemunculan jenama Jacob & Co. sebagai pengenalan baru portfolio hab jam tangan mewah ini. Bagi meraikan detik bersejarah ini, Sincere Fine Watches melancarkan satru pameran dinamakan The World Is Yours Exhibition yang berlangsung 23 Mei lalu.
Kemunculan jenama pembuat jam tangan ikonik ini membuka babak baru dunia Haute Horlogerie dalam portfolio berprestij Sincere Fine Watches yang diperakui akan kepakaran dunia horologi. Berlangsung sehingga 15 Jun 2025, pameran Jacob & Co. The World Is Yours terletak betul-betul bertentangan butik Sincere Fine Watches di Pavilion Kuala Lumpur.

Pameran ini menampilkan koleksi terbaru Jacob & Co. bagi tahun 2025 serta karya-karya agung paling ikoniknya — memberikan para pengunjung pandangan menarik ke dunia horologi yang cukup unik dan mewah.
Setiap jam tangan merupakan lambang semangat visi pengasasnya, Jacob Arabo yang direalisasikan melalui kepakaran ketukangan lyang uar biasa bersama dengan kejuruteraan teknikal yang teliti.
Menampilkan kreativiti, keberanian dan ketelitian teknikal, pameran ini membawa setiap pengunjung untuk menerokai hasil seni dan juga inovasi yang mendefinisikan identiti Jacob & Co.