Langgan

Bella Hadid Sebagai Duta Global Chopard

Jenama mewah Chopard menyunting Bella Hadid sebagai duta global.
1 minit untuk membaca
Published: September 2, 2024

Babak baru Chopard diserikan dengan kehadiran Bella Hadid sebagai duta global Chopard. Pemilihan Bella Hadid dilihat seiring dengan legasi yang dibawa jenama ini selama lebih 160 tahun bertapak dalam seni halus pembuatan jam tangan.

“Saya begitu menghargai hasil seni halus Chopard dalam menghasilkan jam tangan yang sudah diperakui beratus tahun lamanya. Dengan adanya kerjasama ini ia benar-benar membuatkan saya teruja menjadi sebahagian daripada sejarah Chopard.” Menurut Bella Hadid.

Tambah Pengarah Artistik Choprad, Caroline Scheufele “Bella Hadid memiliki semangat yang mahu ditonjilkan jenama ini. Penyatuan gaya hidup dan stail yang cukup elegan benar-benar memberi pentafsiran sebenar koleksi jam tangan dan barang kemas di Chopard.” Kempen baru Chopard menampilkan Bella Hadid ini dirakam oleh lensa kreatif Alasdair McLellan.

Bella memulakan karier dalam bidang fesyen ketika berusia 16 tahun dan sepanjang kariernya dia sudah mendapat penghargaan tertinggi dalam bidang peragaan khususnya. Wajahnya sudah dirakan lebih 30 edisi majalah Vogue seluruh dunia. Majalah Time pernah meletakkan Bella dalam senarai 100 Most Influential People pada tahun 2023 dan dia juga pernah dinobatkan sebagai Model of the Year di British Fashion Awards 2022.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down