
PRC 100 Solar menjadi babak baru Tissot dalam meneruskan inovasi dalam penciptaan jam tangan. Dikuasakan tenaga solar, ilham yang mula diperkenalkan sejak tahun 2014 menerusi sistem T-Touch Expert Solar yang cukup menyerlah sebagai penyatuan teknologi dan tradisi dalam penghasilan. Dikuasakan dengan teknologi Lightmaster yang terbukti menjadi satu transformasi terbaik dalam sejarah penciptaan jam tangan.
MENONGKAH ARUS
Memperkenalkan teknologi Lightmaster Solar—satu penemuan baru yang mampu menangkap cahaya semula jadi dan lampu bagi mengekalkan sistem operasi jam membolehkan ia berfungsi secara berterusan walaupun dengan pendedahan cahaya yang minimum.
Tidak seperti jam solar konvensional yang menggunakan panel photovoltaic yang kelihatan di bawah dail, Tissot PRC 100 Solar mengambil pendekatan berbeza dengan mengintegrasikan sumber cahaya di bawah kristal nilam untuk reka bentuk yang kemas.

Apa yang lebih menarik, cahaya yang masuk tidak akan menjejaskan estetika dail yang diciptakan. Cahaya yang diserap kemudian dialih melalui penyambung "zebra" yang diintegrasikan dalam kerangka jam ke pergerakan F06.615 Quartz buatan Swiss yang terkenal dengan ketepatannya.
Disempurnakan dengan ketahanan bateri 24 jam dengan hanya pendedahan cahaya matahari selama 10 minit sahaja. Ia mampu berfungsi sebaiknya hanya dengan pendedahan cahaya mininum tanpa merosakkan fungsi serta rekaannya.