
OMEGA Aqua Terra 30 mm diperkenalkan bagi meneruskan keterujaan dalam buat semua wanita yang senantiasa menantikan. Ariana DeBose berkongsi keterujaan tentang gaya dan kuasa yang disatukan dalam sebuah ekspresi yang cukup mengujakan. Baca temu bual bersama Ariana di lokasi penggambaran kempen jam tangan ini.
Kalau boleh dirungkaikan tentang jam ini secara ringkas, apa yang anda mahu kongsikan?
Sesuatu yang cukup mengujakan selain daripada menjadi yang pertama menyarung koleksi ini, saya rasa apa yang begitu membuatkan saya tertawan penghasilannya dengan jam tangan ini adalah saiz 30 mm yang kecil daripada kebiasaan. Ia melekap sempurna di pergelangan tangan dan cukup sesuai dengan penggayaan harian, Jam ini menyempurnakan sisi personaliti yang saya ada. It lifts you up in a fun way.
Apa tentang OMEGA yang orang perlu tahu?
OMEGA has a vibe! Dan ia adalah vibe yang anda perlukan. Positif, uplifting dan mampu membuatkan anda rasa istimewa. Setiap kali menyarung jam tangan OMEGA saya rasa ia begitu menyerlahkan keperibadian. Steel on steel dengan bezel tatahan permata dan dail kelabu memberi kesempurnaan pada penghasilannya.
Menyarung OMEGA benar-benar memberi semangat berbeza pada saya. Ia juga berbalik pada semangat komuniti yang kuat. Saya masih ingat ketika berada di acara Olympic di Paris tahun lalu dan menjadi sebahagian daripada komuniti OMEGA satu pengalaman yang cukup berbeza.

Apa rahsia gaya anda pada Aqua Terra?
Aqua Terra adalah pelengkap pada gaya. Saiz yang kecil namun diserlahkan dengan kemilau permata menjadi ia satu item yang mampu menyerlahkan pernampilan sesiapa sahaja yang memakainya. It’s like the cherry on top for an outfit. Rahsianya, anda harus menggayakan jam tangan ini dengan cara paling fun sekali.
Kalau ada satu hal lain yang anda boleh kongsikan lagi tentang jam tangan ini?
Perincian jam tangan ini adalah segalanya. Dail dengan efek sun-brush dalam saiz 30 mm ini menjadi yang paling kecil dalam koleksi ini. Ia sesuai digayakan untuk kegunaan harian dan ia memberi keyakinan setiap kali memakainya.