Langgan

Henry Cavill Wajah Baru Longiness

Giliran Superman sebagai wajah wakilan horologi
1 minit untuk membaca
Published: February 17, 2025

Legasi Longiness sebagai peneraju penghasilan jam tangan berkualiti tinggi diteruskan dengan keterujaan pengumuman aktor Superman - Henry Cavill sebagai wajah baru wakilan jenama ini. Kolaborasi ini dilihat bertepatan dengan pentafsiran Longiness yang profesional dan elegan.

Meraikan kelestarian jenama ini sejak diperkenalkan pada tahun 1832, Matthias Breschan - Ketua Pegawai Eksekutif jenama ini berkata "Bersama Henry kami menemukan makna yang tepat dalam pentafsiran jenama ini. Cukup sofistikated, genuine dan memiliki personaliti yang memancarkan makna sebenar lelaki yang elegan."

Tambahnya lagi kredibiliti Henry tidak hanya sebagai pelakon tetapi terpancar akan minatnya terhadap dunia penerbangan dan equestrian. Ini menjadi hal yang seiring dengan kejituan dan prinsip Longiness. Menerusi kempen terbaru yang dirakam, Henry Cavill dilihat menyarung THE LONGINES MASTER COLLECTION dan LONGINES FLASHIP HERITAGE.

Bagi Henry pula kolaborasi ini adalah sesuatu yang bertepatan dengan falsafahnya. "Apa yang membuatkan saya suka tentang Longiness adalah elemen understated elegance yang kuat. Pembuatannya sudah diperakui berganti generasi dengan kehalusan dalam seni pembuatan."

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down