Langgan

Gemerlapan Chopard di Festival Filem Cannes

Meneruskan hubungan akrabnya dengan dunia perfileman, Chopard sekali lagi membawa sentuhan elegan dan kehalusan seni pertukangan ke permaidani merah.
1 minit untuk membaca
Published: May 17, 2025
Chopard di Festival Filem Cannes
Gambar ihsan Chopard

Setiap tahun, Festival Filem Cannes menjadi pentas meraikan keunggulan sinema dan sejak tahun 1998, Chopard terus memainkan peranan utama dalam acara penuh glamor ini. Meneruskan hubungan akrabnya dengan dunia perfileman, maison mewah dari Switzerland ini sekali lagi tampil sebagai official partner festival ini, membawa sentuhan elegan dan kehalusan seni pertukangan ke permaidani merah.

Caroline Scheufele di permaidani merah Festival Filem Cannes. Gambar ihsan Chopard.

Kerjasama ini bermula apabila Caroline Scheufele, Naib Presiden dan Pengarah Artistik Chopard mereka semula simbol paling berprestij festival ini, yang dinamakan Palme d’Or,  pada tahun 1997. Reka bentuk baharunya yang menampilkan tangkai berbentuk hati dan 19 helai daun yang diperbuat daripada emas kuning beretika, diletakkan di atas dasar kristal batu potongan zamrud, telah menjadi lambang abadi pencapaian sinema dan warisan kreatif Chopard. Setiap trofi Palme d’Or sejak itu dihasilkan secara eksklusif oleh tukang emas Chopard, melambangkan komitmen maison ini terhadap kemewahan yang beretika dan pertukangan yang tiada tandingan.

Tahun ini, Chopard mempersembahkan 78 rekaan menakjubkan di bawah tema ‘Caroline’s Universe’, sebuah koleksi yang mengangkat inspirasi peribadi serta visi seni Pengarah Artistiknya. Setiap karya permata tinggi ini mencerminkan minat mendalam Caroline terhadap filem dan satu penghormatan terhadap kuasa sinema dalam menggerakkan emosi dan imaginasi. Rumah barang kemas ini turut menganjurkan acara legenda Chopard Grand Soirée, antara acara kemuncak yang paling dinanti-nantikan sepanjang festival Cannes. Sebagai tanda sokongan terhadap seni dan kemanusiaan, Chopard juga kembali sebagai Penaja Utama amfAR Gala Cannes yang bertempat di Hôtel du Cap–Eden-Roc.

ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down