
Menyatukan dua eleman alam dalam satu koleksi yang cukup menawan, Chaumet memperkenalkan koleksi Bee de Chaumet. Apa yang ditawarkan kali ini adalah pilihan emas dan permata yang disatukan dengan motif lebah sebah fokus utama Chaumet dalam menarik minat pengguna.
Keunikan yang ada pada sifat lebah dimanipulasi sebagai motif utama Chaumet sebagai sebuah simbolik harmoni dan penghargaan pada alam. Dipersiapkan bagi koleksi kali ini adalah pilihan terbaik tidak hanya untuk wanita tetapi lelaki yang mahukan penggayaan maksima.
Tidak hanya menggunakan keindahan bentuk lebah sebagai motif utama, jenama Chaumet turut bereksperimentasi dengan elemen sarang lebah yang diadaptasi sebaiknya pada rekaan gelang antaranya yang cukup menarik perhatian.

PENYATUAN SEJARAH DAN SENI
Meraikan sesuatu yang semula jadi, Chaumet mengangkat keindahan alam sebagai seni ciptaannya. Lebah diterjemahkan dengan berani oleh Maison ketika dipilih sebagai lambang Napoléon. Identiti ini memberi refleksi kepada keunikan Chaumet sebagai sebahagian sejarah Perancis.
Menghidupkan semula inspirasi ini, Maison mengkasji keunikan elemen rekaan dalam sarang lebah yang menyatu sempurna dengan inspirasi rekaan Art Deco. Pada 2009, Maison menghimpunkan kedua-dua ilham ini buat kali pertama dalam satu penghasilan tunggal yang menandakan permulaan koleksi yang diperkenalkan buat julung kalinya pada 2011.