Langgan

Gelang Tangan Persahabatan Paling Bergaya Buat Dirimu Dan 'Bestie'

Diinspirasi oleh Taylor Swift.
2 minit untuk membaca
Published: August 8, 2024
Gelang Tangan

Trend fesyen berputar ibarat roda. Sejak kebelakangan ini, banyak trend fesyen yang
kembali membuat kemunculan semula. Antara yang paling menarik perhatian tentunya
gelang tangan persahabatan atau friendship bracelet yang semestinya mengimbau
kenangan sewaktu zaman kanak-kanak yang penuh warna warni. Terima kasih kepada
Taylor Swift kerana membawa semula trend ini sehingga tular di seluruh dunia. 

Kenapa peminat Taylor Swift pakai friendship bracelets

Gelang tangan
Photo: Instagram / @lupitanyongo

Friendship bracelet buatan sendiri telah menjadi aksesori wajib bagi setiap Swifties sewaktu
menonton konsert jelalah Eras Tour. Semuanya gara-gara lirik lagu You're On Your Own, Kid
menjadi tular. Peminat akan meletakkan lirik dan tajuk lagu kegemaran mereka dan saling
bertukar bracelet dengan peminat yang lain. Aktres terkenal, Lupita Nyong'o turut dilihat
membikin sendiri bracelet ini tatkala menonton Eras Tour. 

Namun anda tidak perlu menjadi peminat Taylor Swift untuk menggayakan aksesori comel
ini. Anda juga tidak perlu membuat sendiri kerana kini terdapat banyak jenama barang
kemas yang menawarkan aksesori seumpamanya. Roxanne Assoulin , Atelier VM dan
Carolina Bucci antara jenama yang pun mengeluarkan friendship bracelets. 

Kami telah temui friendship bracelet terbaik yang bergaya dan punya simbolik tersendiri
tidak kira sama ada dibuat menggunakan batu separa berharga, personalised charms atau
manik berwarna warni. Jangan lupa untuk beli beberapa buat dirimu juga. 

Gelang Tangan

Gelang Technicolor Camp Enamel dan Tona Emas, USD 81 ( RM363), Roxanne
Assoulin
Pereka barang kemas yang berpangkalan di New York, Roxanne Assoulin harus menjadi tempat pertama anda hubungi sekiranya anda mencari gelang ala Swifties yang dihiasi manik dan huruf. Set 'Better Together' pelbagai warna membawa mesej manis kepada sahabat setiamu.

Gelang tangan

Gelang Bertali Merah Dengan Perincian Berlian Bersalut Emas $210 (RM940), Monica Vinader

Friendship bracelet versi dewasa dari Monica Vinader dengan reka bentuk tali merah boleh dinaik taraf dengan hiasan berlian tunggal untuk sentuhan yang lebih mewah. 

In Good Hands Beaded Gemstone Bracelet, $191.49 (RM857), Harris Reed x Missoma
Manik gelang ini dibuat daripada batu separa berharga, mutiara air tawar, dan emas untuk memberikan kesan yang lebih cantik dan mewah untuk gelang rekaan Harris Reed untuk jenama Missoma yang turut menampilkan motif simbolik 'In Good Hands' .

Gelang Emas 18-Karat dan Sutera Friendship Lucky, USD 1,145 (RM5,124), Carolina Bucci
Friendship bracelet dari Carolina Bucci mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri. Antara yang paling mewah dalam pasaran sekarang. Menampilkan rantai emas 18 karat  berpotongan berlian yang dijalin dengan sutera berwarna merah jambu dengan sentuhan charm berbentuk bunga. 

Artikel asal dari ELLE UK.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down