Langgan

Biasan Mewah OMEGA Seamaster Diver 30 mm

Momen baru OMEGA Seamaster
1 minit untuk membaca
Published: February 21, 2025

The Seamaster Diver 300M terus menerajui sebagai koleksi ikonik OMEGA sebagai jam tangan yang paling diraikan. Lebih istimewa tahun ini, jenama ini memperkenalkan edisi baru dengan terampilan Bronze Gold yang disempurnakan dengan semangat kental, ketepatan dan kejituan dalam rekaan yang eksklusif.

Diinspirasikan daripada edisi Seamaster Diver 300M 007 yang diedarkan pada tahun 2020 seiring pelancaran filem James Bond - No Time to Die. Masih mengekalkan ciri pergelangan yang sama dengan bezel dan dail aluminium yang dilitupi kristal nilam.

Besi aloi yang disadur dengan 37.5% emas 9k, perak dan paladium. Material yang digunakan tahan hakisan dan menjadikan edisi ini bertahan untuk jangka masa yang panjang. Dua model diperkenalkan kali ini iaitu bekas 42mm yang dikemaskan dengan Bronze Gold dan setiap satunya disempurkan dengan bezel rona burgundy. Menciptakan sesuatu yang kontras dan tersendiri.

KONTRAS TAPI MEWAH

Dail hitam aluminium dengan PVD 18K Bronze Gold dengan indeks gelap disempurnakan dengan Super-LumiNova. Apa yang membeza dia edisi terbaru ini adalah tali pergelangan Bronze Gold dan tali pergelangan getah berwarna hitam dengan buckle Bronze Gold.

Dikuasakan kaliber OMEGA Co-Axial Master Chronometer Calibre 8806 yang jelas dilihat menerusi bekas kristal nilam. Ketepatan dan keupayaan mangnetik edisi ini datang dengan jaminan sijil Master Chronometer yang diuji oleh Swiss Federal Institute of Metrology (METAS). Harga pasaran bermula RM66,500 sehingga RM133,550.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down