Langgan

Tiffany & Co. Blue Book 2025 Diilhamkan Oleh Keindahan Lautan

Sambutan yang gemilang berlangsung di The Metropolitan Museum of Art.
1 minit untuk membaca
Published: April 30, 2025

Baru-baru ini, Tiffany & Co. telah mengubah ruang agung The Metropolitan Museum of Art menjadi alam magis under the sea untuk memperkenalkan ciptaan terbaharu dalam dunia barang kemas mewah mereka: 'Blue Book 2025: Sea of Wonder'

Tiffany & Co. Blue Book merupakan koleksi barang kemas mewah paling berprestij yang diperkenalkan setiap tahun. Ia menampilkan ciptaan luar biasa dan eksklusif, dihasilkan dengan batu permata terlangka serta tahap ketukangan tertinggi. Bab terbaharu dalam koleksi ikonik Blue Book ini diinspirasikan oleh keindahan abadi dan penghormatan terhadap motif akuatik rekaan Jean Schlumberger yang tersohor serta kekagumannya terhadap keajaiban laut yang masih belum diterokai.

Bertempat di tengah seni bina bersejarah muzium itu, para tetamu dibawa memasuki dunia di mana kreativiti dan pertukangan halus bergabung. Salah satu sorotan paling puitis malam itu ialah karya kaca berwarna tiga panel 'Garden Landscape', hasil ciptaan Agnes F. Northrop untuk Louis Comfort Tiffany, yang baru-baru ini diperoleh oleh The Met, sebuah simbol lembut yang merayakan warisan seni abadi rumah Tiffany.

Majlis ini menghimpunkan barisan ikon budaya dan pencetus gaya dari seluruh dunia, yang tampil anggun dalam rekaan terbaik Tiffany & Co. Antara yang hadir termasuk Anya Taylor-Joy, Greta Lee, Taylor Russell, Gabrielle Union, Rosie Huntington-Whiteley bersama nama-nama antarabangsa seperti Ai Tominaga, Antonela Roccuzzo, dan Phoebe Gates. Mereka bersama-sama menghidupkan semangat koleksi ini yang cukup sofistikated, mempesona dan abadi.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down