Langgan

Force 10 Rise Menyerap Esensi Keberanian dan Visi FRED

Interpretasi semula ikon Force 10 Rise.
2 minit untuk membaca
Published: March 17, 2025

FRED membuka lembaran baharu untuk koleksi ikoniknya: Force 10 Rise. Sebuah koleksi barang kemas yang cukup feminin dan penuh dengan kilauan, di mana setiap reka bentuk unik mencerminkan kreativiti FRED yang berani, seakan-akan cahaya yang menyinari setiap langkah.

Ikonik untuk reka bentuk yang unik dan keanggunan yang abadi, koleksi yang wajib dimiliki ini meninggalkan jejak yang tak terhapuskan dalam sejarah perhiasan. Lahir hampir 60 tahun yang lalu daripada kecintaan mendalam Fred Samuel dan anak-anaknya kepada sukan pelayaran, koleksi ini berkembang menjadi simbol keberanian dan tekad yang kekal selamanya.

FRED terus membentuk sejarah Force 10 menerusi pelancaran koleksi Force 10 Rise. Karya-karya ini mencerminkan daya kekuatan dan ketahanan, menginspirasikan kita untuk melangkah melampaui batasan diri. Force 10 Rise mengajak anda untuk menghadapi cabaran hidup dengan penuh keanggunan, ketabahan, dan keberanian, menjadi sumber motivasi yang berterusan untuk mencapai puncak tertinggi.

Diinspirasikan oleh salah satu set estetika Force 10 High Jewelry yang ikonik, Maison mencipta sebuah manifesto gaya yang tulen. Force 10 Rise merupakan ekspresi gabungan kod-kod yang berkuasa dan tegas: the emblematic cable and buckle. Kali ini, kedua-duanya dipersembahkan bersama dalam duo baharu, dengan buckle yang dihiasi dengan pavé berlian, diserlahkan oleh barisan berlian yang berkilau. Permainan halus antara bentuk organik dan garis lurus, tiga barisan emas merah jambu atau putih ini bersama-sama mencipta keharmonian yang sempurna.

Reka bentuk grafik yang berani ini mengambil dimensi baharu dalam rekaan cincin band. FRED juga menambah rekaan kalung rantai baharu dalam repertoire mereka. Barang-barang yang boleh dipakai secara sendirian atau disusun untuk mencipta motif bertingkat dalam pelbagai warna emas mengikut mood anda. Dua pasang anting-anting memberikan reka bentuk Force 10 Rise sentuhan yang tidak dijangka. Bentuk half-moon atau sebagai hoop earrings, ia menawarkan estetika geometri dan kontemporari yang elegan. Manakala rekaan ear cuff dalam koleksi ini boleh diposisikan pelbagai gaya, anting-anting ini boleh di suai padan menjadikannya gabungan yang meriah bernuansa moden.

FRED menyuntikkan tenaga baharu dan visi kontemporari ke dalam koleksi ikoniknya, Force 10 Rise. Lima ciptaan ini adalah sebahagian daripada rekaan kreatif, di mana setiap wanita menetapkan peraturan mereka sendiri dengan menggabungkan dan menyusun barang kemas Force 10 mengikut selera gaya mereka sendiri.

Lawati fred.com atau kunjungi butik di The Exchange TRX untuk menerokai koleksi baharu.

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down