Langgan

Anna Jobling Penghias Wajah Tomei

Pelakon Anna Jobling secara rasmi dilantik sebagai duta jenama untuk Tomei
2 minit untuk membaca
Published: March 6, 2025

Meraikan sambutan Syawal tahun ini, jenama Tomei melantik pelakon jelita Anna Jobling sebagai duta jenama barang kemas ini. Kempen bersama Anna Jobling yang diberi nama Tomei Raya Keepsakes: Written in Gold ini diilhamkan daripada seni tradisi Melayu.

Tradisi bertukar kad ucapan Hari Raya menjadi sentimen abadi dalam berkongsi perasaan dengan ucapan penuh keikhlasan. Anna Jobling berkongsi keterujaannya berkata “Saya amat berbesar hati dengan peluang dan tanggungjawab yang diberikan oleh Tomei. Saya sebenarnya meminati barang kemas sejak kecil, dan apabila saya melihat koleksi perhiasan daripada Tomei."

Tambah Anna lagi, "Kecintaan saya terhadap reka bentuk perhiasan yang elegan dan berkualiti tinggi tak pernah pudar. Sebagai peminat barang kemas terutamanya jenis berlian dan emas saya percaya membeli perhiasan adalah satu pelaburan yang baik dan ia adalah sesuatu yang perlu dimulakan sejak usia muda.”

PENYATUAN KLASIK DAN MODEN

Dalam satu majlis yang diraikan penuh glamor di Suria KLCC, Februari lalu - Tomei memperkenalkan rekaan menawan yang menggabungkan elemen klasik "Kerawang Bunga" dan Motif Flora" yang dipersiapkan dengan kemahiran tinggi artisan Tomei. Koleksi ini juga menjadi penyatuan kepada intipati seni tradisi Melayu dengan sentuhan moden dalam setiap rekaannya.

Rangkaian koleksi utama yang dipersembahkan menerusi kempen kali ini adalah Koleksi Anstasia yang menampilkan pesona emas kuning 916 dengan rekaan unik tampak mewah. Koleksi Dimond Cut pula khusus dicipta untuk pencinta batu permata yang mahukan sesuatu yang berkilau dengan potongan tatahan permata yang dilakukan penuh ketelitian.

Bagi yang mahukan sesuatu yang lebih dekat dengan ilham bangsawan, Koleksi Sri Puteri mampu menawan hati dan bagi Koleksi Prima Gold - Linen pula menampilkan perhiasan emas yang dihasilkan dengan teknik yang disebut sebagai "Silk-line".

Dua koleksi lain yang turut diperkenalkan menerusi kempen ini adalah Koleksi Batu Permata yang direka dengan emas putih 18k juga Koleksi Le-Lumire yang direka untuk jejaka di luar sana dengan potongan berlian “8 Hearts Arrow” di tengahnya.

Koleksi Batu Permata menonjolkan batu permata yang memukau, dipadankan dengan berlian dan disusun dalam emas putih 18k yang mewah, menawarkan nilai estetika yang halus tetapi tetap memikat. Definisi tepat menggambarkan lambang sebenar lelaki yang berkeyakinan dan penuh berani.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down