Langgan

Senarai Aktres Hebat Yang Belum Diiktiraf Ahli Akademi

No Oscars, No Problem!
2 minit untuk membaca
Published: February 18, 2025

Dikenali dengan bakat lakonan yang luar biasa, pelakon-pelakon ini walaubagaimanapun masih belum menerima penganugerahan tertinggi Oscars. ELLE menyenarai pendek pelakon terhebat yang masih belum menerima penganugerahan ahli akademi.

SAOIRSE RONAN

Aktres Irish ini antara yang memiliki bakat luar biasa namun masih belum berhasil mendapatkan trofi Oscars. Menerusi filem Ladybird, Saoirse meyakinkan penonton dengan keupayaannya membawakan watak dengan bersahaja. Antara filem dengan lakonan terbaiknya adalah The Outrun, Little Woman dan Blitz. Aktres ini juga pernah dicalonkan sebanyak empat kali menerusi filem Atonement, Brooklyn, Little Woman dan Lady Bird.

AMY ADAMS

Tanpa perlu pengenalan, Amy Adams sudah membuktikan bahawa dia seorang aktres yang cukup berbakat. Mungkin masih menanti masanya untuk diiktiraf pihak Akademi, lakonan Amy Adams meninggalkan kesan pada penonton menerusi filem seperti Nocturnal Animals, American Hustle dan Hillbilly Elegy. Setakat hari ini Amy Adams sudah menerima enam pencalonan Oscars.

CAREY MULLIGAN

Sejak mula mencuri perhatian Hollywood dengan filem Never Let Me Go - Carey Mulligan sudah meyakinkan semua. Seiring waktu kematangan dalam skil lakonannya semakin baik dan hal ini sudah dibuktikan dengan pencalonan Oscars menerusi filem The Maestro tahun lalu. Sekali pun dia tidak membawa pulang trofi, Carey Mulligan sudah mengutuhkan namanya sebagai bakat yang cukup diraikan.

MICHELLE WILLIAMS

Namanya sudah dicalonkan sebanyak lima kali di acara Oscars menerusi filem Brokeback Mountain, Blue Valentine, My Week With Marilyn, The Fablemans dan Manchester by the Sea. Namun sehingga hari ini Michelle Willams masih belum membawa pulang trofi Oscars.

SCARLETT JOHANSSON

Filem Marriage Story lakonan bersama Adrien Brody antara yang paling cukup berkesan pada penonton. Menerusi filem ini juga Scarlett mendapat nominasi pertamanya di Oscars dan pencalonan kedua menerusi filem Jojo Rabbit. Antara filem terbaik lakonan Scarlett yang sentiasa ditonton adalah Lost in Translation.

Baca Artikel Seterusnya
Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down