Langgan

Temu Bual: Gaya Raya Dengan Sentuhan Nelissa Hilman

Apa rahsia di sebalik mencipta koleksi Raya yang mampu memikat hati ramai? Kami berbicara dengan Nelissa Hilman.
3 minit untuk membaca
Published: February 16, 2025

Dengan reka bentuk yang sentiasa segar, Nelissa Hilman membawa misi yang begitu indah: mencipta kasut yang menjadi penghormatan kepada wanita serta memastikan seni pembuatan kasut tradisional Malaysia terus hidup dan dihargai. Setiap rekaan menyulam gaya klasik dengan sentuhan muda yang moden, sambil mengutamakan keselesaan, bahan lestari dan mutu kerja yang tiada tandingan.

Nelissa hilman
Fotografi: Amani Azlin

Apa yang boleh kami nantikan daripada koleksi Raya anda tahun ini?
Kami memulakan kempen ‘Portret Raya’ pada tahun 2019 dan meneruskan idea ini tahun lepas dengan ‘Kotak Foto’. Ia bertujuan untuk menangkap dan meraikan inti pati kewanitaan sebagai agen perubahan dalam komuniti mereka. Selain itu, ia juga menghormati komuniti serta keluarga kita dalam fasa kehidupan yang berbeza. Untuk koleksi tahun ini, kami membawa kembali rekaan kegemaran pelanggan sempena Raya tetapi dengan pilihan warna baharu serta mengemas kini beberapa designs.

Seawal manakah anda memulakan persediaan untuk Raya?
Secara umumnya, kami merancang hampir setahun lebih awal. Sebaik sahaja musim Raya berakhir, kami akan menganalisis maklum balas dan data untuk mengenal pasti reka bentuk yang berjaya dan mana yang kurang berkesan. Selepas itu, kami kembali dengan mooboard, meramalkan trend serta melakukan beberapa siri ujian sampel sebelum membuat keputusan akhir. Ia adalah proses yang sentiasa berkembang. 

Nasib baik, untuk kasut Raya, rekaannya tidak terlalu terikat pada elemen perayaan seperti baju kurung. Oleh itu, kami sentiasa menjalankan proses reka bentuk, pengujian, dan pengeluaran sepanjang tahun. Pemasaran juga sentiasa berubah dan musim Raya adalah waktu terbaik untuk bekerjasama dengan kreatif kerana ia merupakan musim utama di Malaysia.

Bagaimana proses kreatif dalam merancang koleksi Raya anda?
Ia datang dari pelbagai sumber – melawat galeri seni terinspirasi oleh hasil karya kreatif lain serta reka bentuk produk dan juga pengalaman hidup saya sendiri. Sebagai seorang ibu kepada tiga anak kecil, saya kini lebih mendalami akar budaya Malaysia dan Asia Tenggara untuk mencari inspirasi dalam reka bentuk dan kehidupan seharian.

Bagaimana anda mengukur kejayaan koleksi Raya anda?
Apabila pelanggan menjadi sebahagian daripada komuniti kami. Sebagai contoh, kempen terbaru kami, ‘Wear Your Own Story’ hasil fotografi Amani Azlin, memaparkan kasut Nelissa Hilman yang sudah bertahun-tahun digunakan oleh wanita hebat yang mengetuai kempen ini. Setiap kesan calar dan lipatan kasut itu menjadi bukti cerita mereka, mengingatkan kita bahawa setiap pasang kasut ada kisah yang berharga.

Bagaimana anda mengekalkan keunikan koleksi sambil kekal dengan tradisi Raya?
Kami memastikan kasut kami melengkapi busana Raya seperti baju kurung atau kebaya, sambil memastikan ia sesuai untuk dipakai dari majlis perayaan ke kegunaan harian. Inspirasi diambil daripada nilai-nilai Raya seperti kekeluargaan dan kebersamaan. Kami menambah elemen seperti hiasan logam, tali yang halus, atau tona permata untuk membangkitkan semangat perayaan.

Adakah anda mengamalkan prinsip kelestarian dalam pengeluaran koleksi Raya anda? Sejauh mana aspek ini penting kepada jenama dan pelanggan anda?
Kasut kami dibuat dengan bangga di Malaysia. Bermula dengan koleksi SS25, kami menggantikan bahan PU dengan mikrofiber sebagai komitmen kepada bahan yang lebih lestari. Mikrofiber lebih tahan lama, sangat bernafas dan memberikan keselesaan lebih baik semasa pemakaian lama. Langkah ini menunjukkan fokus kami terhadap kualiti dan kelestarian.

Adakah koleksi Raya anda direka dengan acara tertentu dalam fikiran?
Ya, koleksi Raya Nelissa Hilman direka untuk memenuhi keperluan unik musim perayaan, daripada solat raya bersama hingga rumah terbuka. Kasut kami seimbang antara elegan, keselesaan dan praktikaliti, dengan rekaan moden yang sesuai daripada siang sehingga malam. Koleksi ini juga sensitif kepada tradisi, menggabungkan elemen klasik dengan estetik kontemporari untuk memastikan setiap pasang sesuai dengan semangat Raya.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down