
Setelah kejayaan penganjuran pertama French Book Fair tahun lalu, acara yang menerima respons baik ini akan dianjurkan buat kali kedua pada 23 Mac nanti. Dengan tema "Haiwan Malaysia" penganjuran ini dilaksanakan bagi memberi kesedaran tentang isu alam sekitar.
Acara ini tidak hanya tentang buku, ia juga akan menampilkan woksyop kreatif, persembahan teater, dan acara lain yang berkaitan kekekuargaan. Bakal menghimpunkan seramai 26 penulis dari Perancis yang cukup dikenali seperti Wilfried N’Sondé. Selain itu Hélène Honnorat yang merupakan novelis terkemuka akan turut serta dalam acara kali ini. Pengunjung turut berpeluang mengunjungi Carnet d’Asie, kedai buku yang menawarkan rangkaian buku-buku dalam kepelbagaian bahasa.
Antara aktiviti kreatif yang disusun untuk kanak-kanak khususnya adalah teater kanak-kanak, pertandingan puisi, persembahan kebudayaan, origami, seni kaligrafi dan lain-lainnya. Persembahan Mah Meri daripada delagasi Malaysia menjadi salah satu fokus acara yang akan dilaksanakan selain acara tarian, seni ukiran dan lain-lain.
Nikmati juga peluang merasai menu istimewa daripa cef pastri dari Perancis seperti Paul serta menangi peluang membawa hadiah istimewa menerusi cabutan bertuah yang disediakan. Antara hadia menarik adalah percutian ke Club Med.
Tarikh & Masa: 23 March 2025, 9 am to 6 pm
Lokasi: 15, Lorong Gurney, Off, Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur