Langgan

Ulasan Filem: Perayaan Mati Rasa

Bersiap dengan tisu, emosi anda akan diuji dengan konflik kekeluargaan ini.
2 minit untuk membaca
Published: February 12, 2025

Akhiran ini Indonesia selalu ada kisah-kisah keluarga yang difilemkan dengan dalam landskap yang menrenggut emosi penonton. Setelah "Home Sweet Loan" mencuri perhatian penonton nusantara muncul pula "1 Kakak 7 Ponakan" dan berterusan dengan filem yang terbaru lakonan Iqbaal Ramadhan ini.

"Perayaan Mati Rasa" arahan Umay Shahab yang sebelum in pernah membawakan kita dengan kisah melankolis dalam filem "Kukira Kau Rumah" dan "Ketika Berhenti di Sini". Lewat filem-filem Umay apa yang kita boleh expect adalah sebuah pengalaman menonton kisah yang mellow dan berbalut ilham puiti pada kata bualnya.

SINOPSIS

Hal-hal puitis dan melankolis ini sekali lagi diteruskan menerusi filem ketiga arahan Umay ini. Digarap dengan mengusung kisah konflik dua beradik, perhubungan kekeluargaan dan cita-cita - "Perayaan Mati Rasa" membawa penonton dalam dilema perwatakan Antono yang terikat dengan keadaan.

Dibesarkan dalam keluarga yang ayahnya sering berpergian kerana urusan kerja di laut menjadi fokus pada konflik utama Antono yang digambarkan kurang kasih sayang seorang bapa. Konflik ditambah dengan watak ibu yang dinaratifkan sebagai wanita yang memiliki penyakit jantung menjadikan lebih drama.

Filem ini menjadi lebih kompleks ketika watak ibu sedang berperang dengan nyawa di hospital dan pada masa yang sama perkhabaran ayahnya yang meninggal dilanda badai pada masa yang sama. Mencari mwaktu yang tepat untuk memberitahu ibunya, Antono di persimpangan sebuah realiti sukar yang harus dia hadapi.

LAKONAN HEBAT IQBAAL RAMADHAN

Iqbaal Ramadhan menjadi alasan mengapa filem ini berbaloi ditonton kerana jika bersandar cerita yang disusun linear, filem ini terhasil sebagai sesuatu yang cukup predictable. Iqbaal meneraju filem ini dengan lakonannya yang cukup berkesan.

Setiap babak yang disusun buatnya bersulam kata bual yang disampaikan bersahaja dengan bahasa tubuh yang cukup natural. Hal-hal ini membantu penonton untuk relate dengan perwatakan yang dibawa Iqbaal. Sesekali air matanya tumpah dan di sini emosi penonton diduga merasai beban yang dia tanggung.

Perayaan Mati Rasa juga hidup kerana runut bunyinya. Pemilihan lagu yang bersesuai babak dan perwatakan menghidupkan cerita ini dalam emosi yang tepat. Rangakain lagu-lagu seperti Laut (Midnight Serenade), Pilu Membiru (Kunto Aji) dan lagu temanya Perayaan Mati Rasa memberikan nyawa untuk filem ini bernadi sebaiknya.

Perayaan Mati Rasa kini ditayangkan di pawagam terpilih tempatan.

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down