Malam paling glamor untuk industri muzik di Hollywood, anugerah Grammy tidak pernah gagal untuk mempersembahkan busana selebriti yang menarik perhatian, aksi menghiburkan para selebriti di acara karpet merah dan pelbagai lagi. Namun perhatian tertumpu kepada penyanyi pop terkenal saat ini, Sabrina Carpenter yang dilihat merakam momen Grammys tahun ini dengan ramai pemuzik yang lain, because everyone wants a taste of Espresso~
Sebelum menjadi penyanyi terkenal, Sabrina Carpenter merupakan seorang Swiftie! Selepas bertahun menjadi peminat setia fandom Taylor Swift serta bekerja keras untuk mengukir nama dalam persada seni Hollywood, Sabrina dijemput untuk membuat penampilan semasa Eras Tour sebagai penyanyi pembuka bersama Taylor Swift. Simply, amazing!
The power of trio, tiga penyanyi terbesar dalam industri muzik masa kini dalam satu foto? Iconic. Sabrina membawa pulang dua trofi Grammy's tahun ini untuk kategori Solo Pop Wanita Terbaik dan Album Pop Terbaik.