Barangkali tarikh Bernama 29 Januari nanti akan memberi lihat kepada kita sambutan Tahun Baru Cina yang dironai oleh aneka gaya, berlengkap dengan kaca mata Oakley daripada 2025 Lunar New Year Collection. Ya, apalagi ia adalah aksesori atau penyempurna gaya yang sesungguhnya mempersonifikasikan semangat optimis, positif serta melambangkan perubahan tahun ini!
Celebrating the year of the Wood Snake, menurut zodiak 2025 Cina, Oakley meresapkan resmi intuitif dan kemisterian ular kayu, โ yang melambangkan transformasi, renaisans serta tuah berdasarkan tradisi Masyarakat Cina โ menjadikan ia sebagai ilham untuk rekaan kali ini. Oakley mengutip unsur tersebut, mengadaptasikan ia pada rangkaian kaca mata, snow gear serta sebarisan pakaiannya.
Berbicara tentang rangkaian kaca mata Oakley untuk musim perayaan Tahun Baru Cina kali ini, dua model menjadi tumpuan yakni QNTM KATO dan HSTN. Kedua-dua kaca mata ini menampilkan bingkai berhiaskan mutiara putih, yan dipadankan bersama lensa PrizmTM 24K dengan goresan corak logo ular lunar. Koleksi istimiewa ini turut memperkenalkan edisi terhad Line Miner PROTM Goggles yang dilengkapi lensa PrizmTM Torch, yang bisa menghidupkan visi berkontras tinggi dan menyarau. Setiap satu goggle menampilkan lensa tambahan PrizmTM Iced berserta strap unik dengan logo elips Oakley dalam rona emas dan juga cetakan kulit ular berwarnahitam.
Melanjutkan maklumat fasal koleksi istimewa ini lagi, rangkaian kaca mata serta goggles lunar daripada Oakley tersedia dalam beg dan sarung mikro customed, yang dihiasi oleh logo elips Oakley keemasan dan ular lunar.
MOD3 Helmet menyempurnakan koleksi lunar Oakley. Helmet khas ini dilengkapi hiasan mutiara putih, yang disuntik lagi dengan corak kulit ular bersama logo elips Oakley keemasan dan logo ular lunar โ pada bahagian tepi serta belakang. Dan buat julung kalinya, koleksi Tahun Baru Cina Oakley juga memperkenalkan sebarisan rangkaian pakaian (edisi terhad) yakni hoodie Arctic White, kemeja T serta aksesori tambahan seperti topi beanie. Sudah tentu, logo elips Oakley keemasan dan logo ular lunar diteruskan dan diterapkan pada rangkaian pakaian ini.