Pempengaruh, usahawan dan pengasas jenama beg tangan lokal Brik yang menjadi kegemaran generasi muda, Syakira Ridzal membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Walau masih hijau dalam bidang entrepreneurship, namun wanita genit ini memulakan kariernya sebagai content creator dan modeling untuk jenama-jenama tempatan. Berbekalkan wajah cantik dan stail fesyen yang stylish menjadikan dia menjadi wanita pilihan ELLE bulan ini. Ayuh check out top 5 gaya Syakira Ridzal!
Knit Santai
Baju fabrik kait dalam cuaca Asia yang panas tidak menjadi penghalang jika anda seorang fashion girlie. Padu padankan bersama aksesori emas rantai dan gelang untuk menaikkan seri penampilan kasual seperti ini.
Stail Off-Shoulder
Sesuatu tentang stail neckline off-shoulder yang menyuntik aura ayu dan lembut si pemakainya. Ia juga cukup sofistikated untuk digayakan ke acara-acara kasual mahupun formal.
Trend Gen-Z
Formula kepada trend Gen-Z? Semestinya seluar denim dan kardigan! Jika anda mempunyai jeans baggy, ini masanya untuk anda gayakannya. Tip fesyen ELLE: Suaikan persalinan ini bersama kasut sneakers pelengkap gaya.
Set Co-ord
Santai dan stylish, set padanan blaus dan seluar formula styling termudah untuk tampil bergaya. Uniknya, material pleated tampak unik daripada fabrik polos yang menjadi kebiasaan.
Stail Date Night
Queen of knits, Syakira dilihat banyak memilih fabrik knit dalam pemilihan pemakaiannya. Blaus jenis ini juga compliment figura tubuh badannya yang sangat slim!