Langgan

Lembaran 2025: 7 Trend Wajib Milik!

Perubahan gaya dalam dunia fesyen bukan hanya soal mengejar trend, tetapi juga simbol untuk melepaskan kebiasaan lama yang mungkin tidak lagi relevan dengan perkembangan masa. Di sini saya tampilkan tujuh trend fesyen yang bakal mendominasi tahun 2025, bagi memastikan penampilan baharu anda kekal segar, bergaya dan penuh keyakinan!
2 minit untuk membaca
Published: January 14, 2025

Setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk merayakan kedatangan tahun baru. Bagi wanita, salah satu cara yang paling mengujakan adalah menyegarkan semangat baru melalui penggayaan. Proses ini bermula dengan pembaharuan pakaian dari almari lama yang kian terasa membosankan. Jadi, apa jawapannya? Shopping!

Bagi sesetengah individu pula, membeli pakaian mungkin dianggap sebagai salah satu bentuk pembaziran. Namun, tidak salah untuk memanfaatkan peluang ini sebagai memberi ganjaran pada diri sendiri. Jika dilihat dari sudut lain, ia bukan sahaja memberi nafas serta membuka lembaran baharu, malah ia meningkatkan keyakinan dan potensi diri dengan peluang yang bakal datang. Berikut adalah tujuh trend fesyen utama yang dijangka bakal menguasai tahun 2025, membantu anda memilih pakaian baharu dalam almari.

1. Sukan Cantik

Pakaian harian dan pakaian sukan dahulunya dianggap dua dunia berbeza, kini garis sempadan antaranya menjadi semakin kabur. Ia menjadi pilihan gaya on-the-go yang menawarkan keselesaan maksima. Ciri utama gaya sukan ini menonjolkan sisi gaya yang lebih lembut dan feminin, turut dilengkapi aksesori seperti tumit tinggi dan beg tangan mewah.

2. Tank Top & Hot Pants

Tahun 2025 akan menyaksikan trend fesyen tank top & hot pants dengan rekaan yang jauh lebih memukau dan penuh inovasi. Dengan penggunaan pelbagai jenis fabrik, potongan baharu serta tambahan elemen dekoratif yang menonjol, gaya ini pasti menjadi pilihan utama gen Z. Untuk gaya yang lebih dinamik serta versatil, ia boleh dijadikan lapisan asas dan dipadankan bersama pelbagai pilihan pakaian lain.

3. Seri Rona Kuning

Rona kuning bakal memancarkan sinar cahaya buat tahun 2025! Daripada kuning vanila sehingga kuning saffron, warna ceria ini dijangka akan mencipta fenomena dan memberi semangat yang positif dalam dunia fesyen.

4. Sentuhan Tekstur Suede

Suede kembali menguasai dunia fesyen, memberi sentuhan boho chic yang memikat. Set padanan pakaian daripada bahan suede ataupun aksesori kasut dan beg suede, kesemuanya memancarkan tekstur yang lembut serta velvety. Suede adalah kunci kepada gaya serba guna untuk kualiti tahan lama!

5. Of Course, Animal Prints!

Bermula pada tahun 2024, trend fesyen klasik ini menguasai hampir setiap platform media sosial, pentas peragaan dan gaya jalanan, menjadikannya fenomena global. Pada tahun 2025, ia dijangka akan terus menguasai dunia fesyen, menyuntik elemen liar yang mampu membangkitkan keberanian dalam setiap penampilan.

6. Siluet Asimetri

Potongan yang tidak simetri mencipta keunikan dan gaya kontemporari yang memukau, memberikan penampilan yang lebih dinamik. Setiap helai pakaian yang menggunakan potongan asimetri bukan sahaja memberi pernyataan visual, tetapi juga menambah sentuhan artistik pada penampilan anda.

7. Ratu Gaun Strapless

Gaun strapless menampilkan kelembutan elegan dan sensualiti wanita, sesuai dijadikan pilihan utama dalam acara-acara formal yang berprestij. Ia turut memberikan ruang untuk anda bermain dengan pilihan aksesori seperti rantai atau anting-anting untuk sentuhan terakhir.

*Gambar dari Launchmetrics Spotlight

Ikuti kami untuk mendapatkan berita terbaru, trend terhangat dan dopest drops.
LANGGAN SURAT BERITA ELLE MALAYSIA
Subscription Form
magnifiercrosschevron-down